web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ahli Parlimen Bukit Gantang Sokong PM Atas Kehendaknya Sendiri – Fahmi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2023 8:05PM

Jurucakap Kerajaan Fahmi Fadzil yang juga Menteri Komunikasi dan Digital. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal membuat keputusan menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kehendaknya sendiri.

Jurucakap Kerajaan Fahmi Fadzil berkata wakil rakyat daripada Perikatan Nasional itu tidak dipaksa dalam apa-apa cara untuk berbuat demikian.

Menteri Komunikasi dan Digital itu juga menafikan dakwaan bahawa Syed Abu Hussin Hafiz menyokong kerajaan kerana menerima peruntukan tambahan sebanyak RM30 juta untuk kawasan yang diwakilinya, yang didakwa diminta oleh beliau.

“Saya tidak fikir begitu. Beliau tidak mendapat RM30 juta. Saya pun tak dapat sebanyak itu... Saya rasa apa yang beliau maksudkan ialah mengutamakan inisiatif dan projek tertentu untuk menyelesaikan masalah yang berlarutan di kawasannya,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Syed Abu Hussin Hafiz hari ini secara terbuka mengisytihar menyokong Perdana Menteri dan Kerajaan MADANI ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat.

Beliau menjadi wakil rakyat pembangkang kelima daripada Bersatu yang menyatakan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri selepas Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Fahmi turut menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini bahawa terdapat unsur rasuah dalam perubahan mendadak sokongan oleh lima Ahli Parlimen Bersatu.

Beliau berkata Dr Mahathir sebagai penasihat pembangkang sepatutnya menasihati Ahli Parlimen di bawah bidang kuasanya untuk berunding dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berhubung peruntukan dana kepada Ahli Parlimen pembangkang.

“Saya rasa beliau tidak memberikan nasihat yang baik kepada mereka ... saya mohon Tun (Mahathir) untuk menasihati mereka (Ahli Parlimen pembangkang) datang ke meja rundingan... capai kata putus supaya kita selesaikan isu ini dan hidup aman damai,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata prestasi dan pencapaian semua kementerian selepas setahun Kerajaan MADANI menerajui Putrajaya akan diumumkan kepada orang ramai.

Beliau berkata 'kad laporan' akan dipamerkan semasa sambutan Setahun Bersama Kerajaan MADANI pada 8 hingga 10 Dis. - BERNAMA

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 46 minit yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad