web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Tak Halang Atau Letak Syarat Ketat Beri Peruntukan Wakil Rakyat - Anwar

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2023 2:33PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah menghalang atau meletakkan syarat ketat dalam soal pemberian peruntukan kepada wakil-wakil rakyat pembangkang.

Anwar berkata, beliau mahu peraturan dihormati iaitu Ahli Parlimen pembangkang perlu melakukan rundingan bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof terlebih dahulu berhubung peruntukan pembangunan kawasan seperti kelaziman yang diamalkan dalam sistem demokrasi.

“… runding dahulu, saya tidak pernah meletakkan syarat atau prasyarat untuk menyokong Perdana Menteri… tak perlu ada syarat menyokong Perdana Menteri.

“Ada beberapa peraturan (runding soal peruntukan dengan kerajaan) yang dilakukan dalam mesyuarat yang lalu (ketika Pakatan Harapan menjadi pembangkang).

“Saya kadang-kadang) aneh, wakil (kerajaan terdahulu) yang berundingan dulu kini di sebelah sana (pembangkang)… dia tahu prosesnya berapa kali berunding, tapi sekarang macam tak tahu langsung,” kata beliau pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar menjawab soalan tambahan Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) berhubung peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang yang masih belum dimuktamadkan.

Perdana Menteri berkata, sehingga kini belum ada rundingan secara rasmi berhubung peruntukan itu dilakukan oleh blok pembangkang.

“Justeru saya tegaskan YB Arau, soal peruntukan tak usah dipanjangkan… runding dengan baik dan selesaikan, tiada syarat ketat.

“Saya dengar kempen-kempen (pembangkang) maki hamun saya, (tuduh) Perdana Menteri tak guna, minta sokong baru beri peruntukan… saya tak pernah sebut begitu,” kata beliau.

Anwar menyifatkan tidak munasabah jika pembangkang enggan mengadakan rundingan sedangkan mereka sendiri mahukan adanya semangat kerajaan-pembangkang yang demokrasi.

Perdana Menteri turut menempelak kenyataan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) ketika mengajukan soalan tambahan yang mendakwa Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong Perdana Menteri untuk mendapatkan peruntukan.

Ini selepas seorang lagi Ahli Parlimen pembangkang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang) mengumumkan sokongan kepada Anwar ketika sidang Dewan Rakyat.

Syed Abu Hussin menjadi wakil rakyat pembangkang kelima daripada BERSATU yang menyatakan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri selepas Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Anwar berkata, ketika Perikatan Nasional (PN) menjadi kerajaan, tiada peruntukan diberikan kepada wakil-wakil rakyat pembangkang.

“Masa mereka (pembangkang) perintah (jadi kerajaan) harta Melayu mereka sakau banyak… ini kenyataan. Tiga tahun kamu dalam kerajaan, (bekas) menteri-menteri ada di sana (blok pembangkang), apa peruntukan yang diberi kepada orang lain dan pembangkang ketika itu? Mengapa dulu tak beri?” soalnya.

Menjawab soalan Takiyuddin mengenai isu peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang yang didakwa bertentangan dengan janji digariskan dalam dokumen tawaran manifesto PH pada pilihan raya umum lepas, Anwar berkata, beliau masih berpegang kepada prinsip peruntukan yang adil.

“Ya betul (soal peruntukan adil kepada semua wakil rakyat) dalam dokumen Harapan, sebab itu saya patuh kepada keputusan (peruntukan adil)… setakat yang saya bincang dengan Timbalan Perdana Menteri (Fadillah) tak pernah kata wajib sokong Perdana Menteri untuk dapat peruntukan.

“Ini bincang pun tidak tapi sombong bukan main...saya (dulu) sebagai Ketua Pembangkang, bila dipanggil jumpa, saya hadir. Sikap (pembangkang) itu mesti reciprocal (timbal balik),” kata Perdana Menteri. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Perbincangan Peruntukan Ahli Pembangkang Dibuat Dalam Masa Terdekat - Fadillah

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad