web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lihat Kembali Idealisme Parti, Bakat Pemimpin Untuk Terus Bina Kekuatan PKR - Rafizi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2023 1:04PM

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mahu sayap AMK dan Wanita PKR lihat kembali idealisme parti. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli meminta Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita PKR untuk melihat kembali idealisme parti dan mengasah bakat pemimpin supaya dapat terus memperkuatkan parti dalam mengharungi ledakan politik yang berlaku sekarang.

Beliau berkata hanya idealisme yang mampu menguatkan keazaman parti berusia 25 tahun itu untuk terus bergerak, membina kekuatan dan menyantuni rakyat sekali gus memastikan kedua-dua sayap itu menjadi tonggak kekuatan kepada PKR.

“Saya lontarkan kepada pemimpin, perwakilan Wanita dan AMK, apa idealisme yang menyebabkan saudara-saudari menyertai parti? Soalan itu adalah soalan tonggak.

“Jika idealisme itu betul, maka marilah cabaran, susah macam mana pun, Insya-Allah daripada idealisme itulah, membuatkan saudara-saudari kental mencari jalan, gagah dan tidak takut kepada apa jua cabaran. Begitulah macam mana parti ini dibina daripada awal,” katanya ketika merasmikan secara serentak Kongres AMK dan Wanita PKR 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Bagaimanapun, Rafizi yang juga Menteri Ekonomi berkata sesebuah parti politik tidak dapat bergerak ke hadapan dengan hanya bersandarkan idealisme dan tanpa kekuatan organisasi serta menyusun kelebihan bakat pemimpin yang baik.

Beliau berkata PKR kini menjadi kerajaan di tengah-tengah perubahan sosiobudaya masyarakat yang berbeza jika dibandingkan pada tahun 90-an yang ‘kesedaran politik’ lahir daripada perasaan tidak puas hati terhadap situasi melanda Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu.

Beliau berkata kedua-dua sayap parti itu kini mempunyai cabaran besar untuk meraih sokongan golongan belia di negara ini kerana anak-anak muda sekarang mempunyai jangkaan tinggi terhadap kerajaan dan mempunyai had kesabaran yang terhad.

“Itu cabaran saudara-saudari. Jika anda tidak bersedia dengan kecekapan, tuntas idea, matangnya kita mengendalikan organisasi, bukan sahaja saudara-saudari menghancurkan parti yang dipimpin tetapi boleh menoktahkan kerjaya politik saudara-saudari lebih awal,” katanya.

Beliau juga mengulangi bahawa parti akan menamatkan khidmat pemimpin yang menjawat jawatan dalam kerajaan daripada parti jika melakukan sebarang kesalahan selain dicari oleh pihak berkuasa berhubung sesuatu isu.

Terdahulu, perwakilan kedua-dua sayap tersebut yang diketuai Ketua AMK Adam Adli Abd Halim dan Ketua Wanita Fadhlina Sidek disajikan tayangan montaj 25 tahun Reformasi Keadilan dan genap setahun Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10.

Kongres Nasional Tahunan PKR 2023 yang bermula hari ini, mengangkat tema “Memaknai Reformasi, Menjulang MADANI”. - BERNAMA

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar