web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Nak Edit Video? Semua Boleh Dengan AI!

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2023 9:06AM

Mohammad Agus (kiri) dan Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani ketika sidang media semalam - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Suntingan atau pengubahsuaian ke atas video bukan perkara luar biasa, seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih.

Pempengaruh X, Amer Hamzah berkata, suntingan seumpama itu pernah berlaku ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, satu ketika dahulu.

Menurut beliau, video berkenaan diubah suai bagi tujuan jahat, untuk menjejaskan nama baik dan maruah Perdana Menteri.

“Jangan main-main sekarang. Bukan sahaja muka boleh ditiru malah juga suara. Inilah yang pernah berlaku kepada Anwar Ibrahim dulu. Babydoll? Budak dalam hotel? Semua boleh.

“Lihat bagaimana insan ini menunjukkan teknik edit muka dan suara seseorang. Berhati-hati dengan fitnah akhir zaman. Walaun dan walatok memang suka benda-benda ini,” katanya menerusi ciapan di X.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas isu penularan perbualan video melibatkan mantan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Mohammad Agus Yusoff dengan pembantunya, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani.

Rakaman berkenaan dipercayai sudah diubah suai bagi memasukkan kandungan berunsur lucah, bertujuan mencemarkan nama baik Agus, selaku lantikan politik dalam J-KOM.

Ia didakwa didalangi beberapa individu tertentu, termasuk yang menyandang portfolio kanan dalam jabatan tersebut.

Amer berkata, teknologi Artificial Intelligence (AI) memungkinkan semua video disunting dan diubah suai dengan hampir sempurna, sehingga sukar untuk mengesan sebarang kelainan.

Memberikan contoh, beliau turut memuat naik beberapa video, antaranya rakaman Presiden Indonesia, Joko Widodo berucap dengan fasih dalam bahasa Jepun.

“PMX juga boleh bertutur dalam bahasa Korea. Walaun? Walatok? This is how AI works,” katanya sambil memuat naik video kedua, yang memaparkan Anwar berucap dalam bahasa Korea.

Turut disertakan ialah video mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berucap dalam bahasa Korea.

“Untuk walaun dan walatok, jom kita tengok Atok hang (awak) cakap Korea,” katanya, sinis.

Jelasnya, fitnah ke atas Agus itu membuktikan betapa blok pembangkang semakin terdesak sehingga sanggup menggunakan taktik kotor untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

"Ramai yang berbelah bagi terkait isu A&W (Agus dan Wahab) termasuklah penyokong-penyokong Kerajaan Perpaduan sendiri. Masyarakat Malaysia khususnya Melayu yang minat politik memang suka benda-benda macam ini. MO (modus operandi) seperti ini sudah diterap dalam fikiran sejak zaman 1998 lagi. Cara paling senang untuk menjatuhkan kredibiliti seseorang. Kita sudah ada contoh terbaik kes liwat. Kemudian skrip yang sama diulang.

"Sekarang PMX sentiasa dikelilingi bodyguard 24/7. Memang sukar untuk memfitnah seperti dulu. Jadi, MO ditukar kepada mereka yang ada hubung kait dengan Kerajaan PMX. Tujuannya sama untuk melemah dan memburukkan kredibiliti PMX. Itu sahaja. Insya Allah, Allah pelihara PMX dan kerajaan pimpinannya. Apapun, Agus tidak sesuai dan berupaya sebagai KP J-KOM dan peletakan jawatannya tiada kena mengena dengan video tular," katanya. - Getaran, 18 November 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Buat Aduan Ke MCMC Jika Gambar, Video Anak Dimuat Naik Tanpa Kebenaran

2

Kolum 2 tahun yang lalu

Apabila AI Menjadi Peguam, Akauntan Dan Pemandu

3

Teknovasi 2 tahun yang lalu

Ciri Penjejak Mata Baharu HONOR Mampu Gerak Dan Hidupkan Kereta

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sila Padam, Jangan Sebar Video Lelaki Dibelasah Di Semenyih - MCMC

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 16 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad