web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hari Pengundian PRK Jepak Ibarat Duduki ‘Peperiksaan’ – Iskandar

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2023 3:54PM

Iskandar pada pelancaran manifesto GPS, semalam. - gambar GPS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BINTULU - Pengalaman menjadi seorang penjawat awam sebelum ini menjadi analogi calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Iskandar Turkee untuk menggambarkan situasi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, yang kini sudah memasuki fasa minggu kedua kempen.

Dalam nada berseloroh, bekas pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) cawangan Sarawak itu menyifatkan hari pengundian pada 4 Nov ini ibarat menduduki peperiksaan kenaikan pangkat sewaktu dalam perkhidmatan awam.

"Tok (Ini) exam (peperiksaan) besar untuk sayalah. Pegawai penilai saya dianggarkan 22,000 lebih orang," katanya merujuk kepada jumlah pengundi berdaftar di DUN Jepak seramai 22,804 orang.

Iskandar, 54, berhadapan Stevenson Joseph Sumbang dari Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan Chieng Lea Phing dari Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) dalam PRK, yang diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Talib Zulpilip pada 15 Sept lepas.

GPS yang diwakili Iskandar merupakan gabungan empat parti utama di Sarawak iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

Iskandar mengakui agak kekok pada mulanya berhadapan dengan media sebagai seorang calon pilihan raya selepas lebih 30 tahun menjadi seorang penjawat awam.

"Saya akui memang saya agak kaku sedikit… dalam (menghadapi) banyak dos and don'ts sebagai calon, tidak seperti mana sewaktu menjadi pengarah AADK dulu (dalam berhadapan dengan media)," katanya ketika ditemui selepas giat berkempen di beberapa penempatan.

Namun selepas mengharungi 10 hari berkempen, Iskandar berkata beliau kini dapat menyesuaikan diri dengan peranan baharu itu dan menghargai komitmen pengamal media yang membuat liputan PRK Jepak.

Katanya media memainkan peranan penting dalam melaporkan perkembangan dan suasana PRK di Jepak dan laporan-laporan media telah membantu beliau dalam mencarta perancangannya sepanjang kempen.

"Melalui media, apa yang kita buat membolehkan masyarakat tahu bahawa kerajaan hari ini benar-benar bekerja. Saya pun belajar banyak perkara tentang keperluan dalam masyarakat yang saya perlu tangani," katanya.

Menyentuh maklum balas pengundi muda yang disantuninya sepanjang kempen, Iskandar berkata golongan itu menunjukkan kecenderungan untuk bersama-sama terlibat dalam aktiviti sosial dan menyatakan hasrat untuk memajukan diri dari segi kemahiran dan merebut peluang dalam ekonomi baharu yang digarap kerajaan.

Menzahirkan keyakinan GPS akan terus kekal mengisi kerusi Jepak, Iskandar berkata: "Sudah ada langkah tindakan segera, jangka sederhana dan jangka panjang yang saya rancangkan jika terpilih nanti." - BERNAMA

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad