web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRK Jepak: Sudah Ada Beberapa Nama Calon Dari PBB – Nanta Linggi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2023 5:30PM

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) sudah mempunyai beberapa nama untuk diketengahkan sebagai calon bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak.

Setiausaha Agung PBB Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bagaimanapun enggan mendedahkan nama-nama berkenaan, dan berkata pemilihan calon yang paling sesuai antara mereka akan dibuat oleh pucuk pimpinan parti nanti.

“Kita ada beberapa orang nama, tetapi mereka yang sesuai akan dipilih oleh pucuk pimpinan parti...yang pasti calonnya adalah daripada PBB kerana kerusi (DUN Jepak) itu milik parti PBB,” kata beliau yang juga Menteri Kerja Raya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Projek Kompleks Dewan Bedah, Unit Rawatan Rapi (ICU) dan wad tambahan Hospital Kuala Lumpur di sini hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mesyuarat khas hari ini menetapkan hari pengundian PRK bagi kerusi DUN Jepak, Sarawak pada 4 Nov depan, manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 21 Okt dan 31 Okt.

PRK Dun Jepak diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Talib Zulpilip akibat komplikasi buah pinggang pada 15 Sept lepas. Talib, 72, adalah penyandang kerusi itu selama enam penggal sejak 1996.

Sementara itu Nanta yang juga Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkata kempen bagi PRK itu akan dijalankan bersama parti lain dalam Kerajaan Perpaduan atas semangat setia kawan.

“Saya ingat cara berkempen itu tidak akan menjadi masalah sebab kita dah bersama dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat persekutuan dan hasil persefahamannya juga saya harap dapat ditunjukkan dalam PRK DUN Jepak ini,” katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad