web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


DAP Kekal Sokong Kerajaan Perpaduan

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2023 3:34PM

Keputusan Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak menjejaskan sokongan DAP kepada Kerajaan Perpaduan, kata Nga Kor Ming. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - DAP tetap kekal teguh dan tidak akan menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan susulan keputusan mahkamah untuk melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada semua 47 pertuduhan dihadapinya, kata Naib Pengerusi parti itu Nga Kor Ming.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan berkata DAP merupakan sebuah parti yang setia bukan sahaja kepada rakan tetapi juga perjuangan.

“… tidak akan sekali-kali menarik sokongan. DAP rakan setia kawan dan sentiasa setia kepada perjuangan. Anda tahu DAP... kita kotakan apa yang dijanjikan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian DAP selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini memutuskan untuk melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden Umno daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram.

Sementara itu, Nga berkata Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sewajarnya bertemu dan berbincang dengan pucuk pimpinan Kerajaan Perpaduan sekiranya tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah berhubung  Ahmad Zahid.

“Beliau merupakan antara Ahli Parlimen yang memberikan sokongan terhadap kerajaan, maka selain menerusi media, beliau perlu bincang dengan pucuk pimpinan kerajaan, itu lebih profesional,” katanya mengulas kenyataan Syed Saddiq yang dilaporkan akan menilai semula kedudukan MUDA dalam menyokong Kerajaan Perpaduan susulan perkembangan kes mahkamah Ahmad Zahid.  - BERNAMA

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad