web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


45 ADUN Kelantan Angkat Sumpah Jawatan Hari Ini

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2023 11:34AM

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meranti Datuk Nassuruddin Daud membaca lafaz Taat Setia semasa mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar di hadapan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V sempena Majlis Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan di Istana Negeri Kubang Kerian, Kota Bahru pada 15 Ogos lalu. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Sebanyak 45 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan mengangkat sumpah jawatan pada Mesyuarat Pertama bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Kelantan Yang Ke-15 di Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Majlis angkat sumpah di hadapan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baharu dilantik Datuk Mohd Amar Nik Abdullah didahului oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud (PAS-Meranti) diikuti dengan sembilan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Terdahulu, Mohd Nassuruddin mengemukakan nama Mohd Amar (PAS-Panchor) sebagai Speaker DUN Kelantan dan Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi (Bersatu-Kok Lanas) sebagai Timbalan Speaker sebelum disokong Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan (PAS-Temangan) yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Majlis angkat sumpah diteruskan dengan bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob (PAS-Pasir Pekan); diikuti bekas Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat (PAS-Pengkalan Kubor).

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan, PAS dan rakan gabungannya dalam Perikatan Nasional (PN) iaitu Bersatu berjaya membentuk kerajaan negeri di Kelantan apabila menang 43 daripada 45 kerusi DUN. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

PAS Harus Terima Kenyataan, Pembatalan 16 Peruntukan EJSK Bukti Kelemahan DUN Kelantan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tun Dr Wan Junaidi Angkat Sumpah Sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak Kelapan

3

Politik 2 tahun yang lalu

Istiadat Angkat Sumpah Menteri Persekutuan Petang Ini

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Istiadat Angkat Sumpah Menteri Persekutuan Dijadual Esok - Sumber

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 4 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad