web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PAS Dakwa Kerjasama Dengan UMNO Berlandaskan Prinsip Perlembagaan

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2023 6:56PM

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerjasama antara PAS dan UMNO dalam Muafakat Nasional (MN) sebelum ini adalah berasaskan prinsip perlembagaan parti untuk mempertahankan agama Islam.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, kerjasama itu tidak kekal lama ekoran wujud perbezaan dalam pendekatan dan penafsiran prinsip perlembagaan tersebut.

Menurut beliau, perbezaan itu mencetuskan polemik yang berpanjangan dan tidak lagi seiiring dengan perjuangan parti Islam itu.

"Adapun PAS mengambil pendekatan perpaduan umat berprinsipkan Islam, dengan mendahulukan perpaduan umat Islam Melayu dan Bumiputera serta kalangan bukan Islam yang tidak ekstrem.

"Kalangan UMNO yang berpegang kepada prinsip perlembagaannya yang mempertahankan agama, bangsa, dan tanah air, secara automatik bersama dengan PAS yang perlembagaannya berprinsipkan Islam yang sama. 

"Di samping mereka yang menubuhkan BERSATU yang meninggalkan UMNO terlebih dahulu, disempurnakan lagi dengan penyertaan orang bukan Islam yang tidak ekstrem.

"Perbezaan antara prinsip PAS dengan UMNO adalah dari segi pentafsiran dan pendekatan yang mencetuskan polemik yang panjang dan tajam," katanya di laman Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan kerjasama politik antara PAS, UMNO dan Pakatan Harapan yang menurutnya telah menimbulkan kekeliruan.

Abdul Hadi menambah, kerjasama yang terjalin antara UMNO dan PH hari ini berasaskan konsep 'matlamat menghalalkan cara' tanpa mengambil kira isu-isu integriti yang melanda kepimpinan parti gabungan tersebut.

"DAP, PAN (Parti Amanah Negara) dan PKR (Parti Keadilan Rakyat) yang juga komponen PH terus merangkul UMNO yang bermasalah bagi menghadapi PRU-15. 

"Mereka mengambil kira matlamat menghalalkan segala cara bagi mencukupkan jumlah demi mendapatkan kuasa secara majoriti mengikut amalan demokrasi, tanpa mengambil kira kualiti yang berprinsip.

"Maka, berjayalah mereka mendapat majoriti mudah bagi menguasai kerajaan dengan percaturan politik yang mengumpulkan sesiapa sahaja, termasuk bekas banduan, kluster mahkamah, dan bakal kemungkinan menjadi kluster.

"Sehinggakan, mereka meninggalkan slogan perjuangan yang dahulunya dilaungkan untuk menentang segala penyangak rasuah dan mengganyangnya habis-habisan, kini diubah nama samaran terhadap pihak lain dengan jenama ‘penyakau’, di samping ungkapan ‘tatakelola’ yang manis lagi menarik," kata Ahli Parlimen Marang itu lagi.

Beliau berkata, parti komponen PH mengamalkan politik berkonsep pragmatik iaitu keadaan akan berubah mengikut keadaan dan kemahuan.

Jelasnya, konsep itu diamalkan dengan prinsip sekularisme sehingga menafikan peranan agamawan dalam gabungan politik tersebut.

"Tanggungjawab mempertahankan Islam serta ketuanan Melayu Islam dan Bumiputera menjadi titik persamaan terkini antara PAS dengan UMNO, di samping sikap bersama menolak perjuangan sekularisme dan Malaysian Malaysia yang terus menjadi perjuangan DAP yang menguasai dan sangat mungkar.

"Tanggungjawab tersebut tidak ada dalam PH, sehingga menjadikan mereka tidak bersuara dalam mencegah kemungkaran, bahkan boleh mencampuradukkan perkara maa‘ruf dan mungkar," katanya lagi. - Getaran, 2 September 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad