web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Salahuddin Amanatkan Nazri Jaga Simpang Jeram

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2023 5:35PM

Nazri anggap menjadi wakil rakyat adalah tanggungjawab. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MUAR - “Nazri, anggap penduduk Simpang Jeram ini sebagai keluarga kita, susah dia susah awak, senang mereka walaupun bukan senang awak, tapi sekurang-kurangnya awak rasa gembira dengan kesenangan mereka,” itu nasihat terakhir dititipkan Datuk Seri Salahuddin Ayub kepada Nazri Abdul Rahman.

‘Wasiat’ terakhir yang disampaikan Allahyarham Salahuddin, sebelum meninggal dunia pada 23 Julai lepas akibat pendarahan otak itu, sehingga kini masih terngaing-ngiang di telinga Nazri, calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Simpang Jeram, kawasan disandang Allhayarham sejak 2018.

Kata-kata itu menguatkan lagi semangatnya, untuk membela nasib penduduk di kawasan Simpang Jeram, bagi meneruskan legasi dan amanat Salahuddin, walaupun tidak pernah sekali pun terlintas difikirannya bakal bertanding di kawasan itu.

Biarpun sebelum ini sering menemani Allahyarham bertemu rakyat setiap kali beliau balik kawasan, namun latar belakang pekerjaannya sebagai jurutera di Majlis Perbandaran Muar selama 30 tahun, membuatkannya lebih selesa bekerja di balik tabir, ‘membuat kerja berbanding bercakap banyak’, dalam membantu menyelesaikan permasalahan rakyat.

“Kalau kita lihat parti lain mungkin bila ditawarkan jadi wakil rakyat mereka berebut tapi saya tak. Bila jadi wakil rakyat ini satu tanggungjawab, saya tak nak nanti bila mati saya disoal dapatkah kita laksana tanggungjawab sebaik mungkin,” katanya dalam temu bual dengan Bernama di kediamannya.

Bagaimanapun kata Nazri, permintaan Allahyarham untuk beliau menjaga kawasan berkenaan apabila sekiranya beliau telah tiada, membuatkannya bagai ‘terikat’ dengan permintaan terakhir tersebut.

Apatah lagi, Salahuddin, yang sudah dianggap sebagai abangnya, turut memiliki hubungan kekeluargaan dengan beliau.

“Sebelum meninggal, Allahyarham banyak kali berkata dengan saya, Nazri, kalau saya tak ada di sini, awaklah pengganti saya, itu amat terkesan di hati saya.

“Sejak dia (Salahuddin) katakan sayalah penggantinya bila dia tiada, sedangkan hasrat saya bukan untuk ke depan, akhirnya saya mengambil tanggungjawab ini,” katanya sambil menahan sebak.

Nazri, yang memiliki Sarjana Kejuruteraan Awam Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) berkata sepanjang menemani Allahyarham ketika berada di Simpang Jeram, yang memiliki  40,379 pengundi, beliau dapat melihat kesungguhan dan kelelahan Salahuddin dalam memikirkan masalah rakyat.

“Secara peribadi dia (Salahuddin) sering fikir masalah rakyat, pukul 3 pagi tak tidur, 5 pagi tahajud, lepas subuh tidur kejap, bangun pergi kepada rakyat, pergi kepada kawasan-kawasan, saya sebagai pengikut bawa dia ke sana ke mari. Dari segi perhidmatan kepada masyarakat komitmen beliau amat-amat tinggi.

“Kadang-kadang saya menemani di waktu malam ketika dia berseorangan dan dia memerlukan pendapat rakan-rakan.

“Sebagai wakil rakyat beliau banyak fikir bagaimana kaedah terbaik untuk membantu rakyat DUN Simpang Jeram,” katanya.

Nazri, yang juga Timbalan Ketua Amanah Kawasan Bakri berkata disebabkan itu jugalah, idea Rahmah tercetus kerana Allahyarham bersungguh mahukan setiap rakyat tidak berasa susah dan terbeban untuk mendapatkan makanan.

“Sebab itu lahirnya Menu Rahmah ini, idea bermula di DUN Simpang Jeram, Allahyarham berkongsi dengan saya bahawa beliau hendak melaksanakan Menu Rahmah, nak memastikan bahawasanya setiap kali waktu makan, ada makanan atas meja, dapat bantu orang susah,” katanya.

Nazri berkata, walaupun sedar tanggunjawab besar bakal digalas sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat kelak, beliau mahu membawa semangat dan legasi yang ditinggalkan Salahuddin, yang sentiasa berkhidmat untuk rakyat sebaik mungkin.

“Bukan beban, ini adalah fitrah, ini pahala, ini pengorbanan untuk membantu masyarakat yang dianggap sebagai saudara mara kita dan mudah-mudahan apa kita laksanakan ini mendapat keberkatan untuk diri sendiri dan seluruh penduduk Simpang Jeram,” katanya.

Dalam PRK kali ini, Nazri berdepan saingan tiga penjuru, melawan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Mohd Mazri Yahya (Perikatan Nasional) dan calon bebas yang juga ahli perniagaan S Jeganathan. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar