web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Setiap Kali PRU, Fatwa Hadi Awang Pun Berubah - Mohamad Sabu

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2023 1:11PM

Datuk Seri Mohamad Sabu. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pendirian Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang akan berubah setiap kali Pilihan Raya Umum (PRU).

Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pendirian Ahli Parlimen Marang itu akan berubah mengikut kepentingan mereka.

Katanya, PAS sebelum ini pernah bekerjasama dengan DAP bagi membentuk Pakatan Rakyat (PR) sebelum memutuskan hubungan politik itu pada 2015.

"Fatwa Hadi akan berubah setiap PRU. Kalau dulu akidah orang UMNO tak sahih sehingga tercetus peristiwa Memali, kemudian boleh dengan UMNO BN kerana itu anugerah Allah.

"DAP boleh bersama kerana DAP mendukung Perlembagaan dan demokrasi. Selepas PRU 2013, Presiden PAS berkempen di Teluk Intan dan memuji DAP secara progresif dan menjunjung perlembagaan.

"Bila bercerai dengan DAP, DAP jadi komunis pula. Tak pelik tiga tahun lagi dia puji DAP, dia kata BERSATU macam macam. Ini ulama Rusila. Berubah ubah. Orang Islam percaya dia cakap. Dia tok guru, dia ulama," katanya di dalam ceramah kelompok kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Simpang Jeram malam tadi.

Menurut Mohamad, Abdul Hadi berbohong apabila perpisahan PAS dan DAP pada 2015 adalah disebabkan isu hudud.

Jelasnya, pada ketika itu parti Islam tersebut dalam usaha membentuk kerjasama dan hubungan politik bersama UMNO.

“Isu membabitkan slogan negara Islam sebenarnya sudah selesai pada 2008 apabila PAS setuju menggantikannya dengan negara berkebajikan.

"Hadi tak cerita yang ini, iaitu DAP minta negara Islam tidak boleh disebut dan PAS bersetuju ganti kepada negara Islam dengan negara berkebajikan atau negara yang adil. PAS sanggup gugur negara Islam dan diganti dengan kerajaan berkebajikan. Ada tak pemimpin PAS beritahu hal ini? Kenapa dia sembunyi fakta ini?” katanya.

Tegas Mohamad, isu hudud bergema di Malaysia menjelang PRU 2013 dan menerusi perbincangan sesama pemimpin PR, keputusan ‘agree to disagree’ dicapai.

“Kita teruskan kerjasama dengan yang bersetuju bersama banyak perkara, yang tidak bersetuju satu, dua perkara, antaranya hudud," katanya lagi.

Ahli Parlimen Kota Raja itu juga menambah, PAS ketika berkuasa dan berada dalam kerajaan gagal untuk memastikan undang-undang Islam itu dilaksanakan dalam negara.

Malah katanya, isu Hudud hanya kembali disebut sebaik sahaja PAS sudah kembali menjadi pembangkang.

"Sebab itu kita lihat hal hudud memang menjadi perjuangan PAS, tetapi bila dapat kuasa (bersama kerajaan) hudud tak jadi perjuangan. Pelik. Patut masa berkuasa mereka bawa usul (RUU) 355 dalam Parlimen. Menteri undang-undang dalam PAS.

"Tapi tunggu punya tunggu hudud tak jadi langsung. Sekarang jadi pembangkang hidup balik. Bohong tak bohong? Dia tok guru hampa percaya, aku hanya insan biasa yang menumpang hidup bawah parti Islam berjuang bersama. Orang gembel bukan hebat tok guru hebat bercakap selit Qur'an hadis semua," katanya lagi.

Sebelum ini,  Abdul Hadi dalam ucapannya di markas PAS Bakri semalam mendakwa, segelintir ahli dan bekas pemimpin parti itu menyertai AMANAH kerana takut kalah dalam pilihan raya.

Beliau turut menyifatkan mereka sebagai lemah semangat sehingga sanggup meninggalkan dasar perjuangan PAS. - Getaran, 29 Ogos 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 21 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad