web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Johor Atur Gerak Pasukan Cantas Pantau Perjalanan PRK

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2023 2:17PM

400 pegawai dan anggota bertugas bagi memantau kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Polis Johor mengatur gerak Pasukan Cantas bagi menjalankan pemantauan dan memastikan tiada kekacauan serta elemen gangsterisme berlaku sepanjang proses Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata Pasukan Cantas yang membabitkan seramai 400 pegawai dan anggota itu, akan memastikan kelancaran khususnya semasa berlangsungnya tempoh berkempen kedua-dua PRK berkenaan.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua pihak khususnya calon dan penyokong parti politik supaya berkempen secara berhemah dan bertoleransi, serta tidak menimbulkan kekacauan atau merosakkan bahan kempen parti lain.

“Menerusi pasukan ini, rondaan di kawasan berkempen akan dipertingkatkan bagi memastikan tiada perkara yang tidak diingini berlaku. Ini termasuk cubaan untuk melakukan kekacauan, menconteng bahan kempen, kain rentang dan sebagainya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Pada masa yang sama beliau meminta semua calon dan parti politik supaya memohon permit polis terlebih dahulu sebelum mengadakan kempen serta ceramah yang akan bermula esok.

Kamarul Zaman turut mengingatkan semua pihak supaya tidak menyentuh isu-isu sensitif khususnya berkaitan 3R iaitu bangsa, agama dan raja, sepanjang tempoh berkempen termasuk di media sosial.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata beberapa jalan utama ditutup bermula 7 hingga 11 pagi esok bagi kelancaran proses penamaan calon PRK Parlimen Pulai yang berlangsung di Dewan Jubli Intan, Sultan Ibrahim, di sini, dan PRK DUN Simpang Jeram di Dewan Jubli Intan dekat Muar.

Justeru beliau meminta orang ramai supaya mengelakkan daripada melalui Jalan Ayer Molek, Jalan Khalid Abdullah, Jalan Syed Mohamed Mufti dan Jalan Dato Onn, di sini, serta Jalan Arab di Muar.

Menurutnya seramai 3,500 pegawai dan anggota bertugas bagi memastikan kelancaran penamaan calon esok. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

3

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

4

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad