web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PN Pahang Akan Bertanding Di PRK DUN Pelangai

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2023 7:33PM

Saifuddin sahkan PN bakal bertanding di PRK Pelangai Oktober ini. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Perikatan Nasional (PN) Pahang mengesahkan akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, kata Pengerusinya Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

"PN sedang membincangkan calon yang paling sesuai (bagi PRK Pelangai)," katanya ringkas kepada Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Andasura Rabu berkata pihaknya telah menyerahkan senarai calon kepada kepimpinan pusat untuk dipertimbangkan dan akan bermesyuarat minggu depan bagi membincangkan gerak kerja PRK itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi kerusi DUN Pelangai pada 7 Okt ini manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 23 Sept dan 3 Okt ini.

Daftar Pemilih Pilihan Raya bagi PRK DUN Pelangai mengandungi seramai 16,456 orang pemilih yang terdiri daripada 16, 417 pengundi biasa, 36 orang polis dan tiga orang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

PRK DUN Pelangai perlu diadakan berikutan kekosongan luar jangka kerusi berkenaan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Johari Harun, 53, dalam nahas pesawat di Bandar Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos lepas. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 23 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam