web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jangan Mainkan Isu 3R Semasa PRK Johor – KPN

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2023 5:45PM

Razarudin ingatkan semua penyokong parti politik untuk tidak sentuh isu sensitif terutama 3R. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran semua penyokong parti politik yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Johor kelak, agar tidak menyentuh isu-isu sensitif khususnya berkiatan 3R iaitu bangsa, agama dan raja, sepanjang tempoh berkempen.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata ia bertujuan mengelakkan wujudnya ketidakharmonian dalam kalangan rakyat terutamanya institusi diraja, agama dan bangsa sepanjang perjalanan PRK kelak.

"Kita pun tak mahu membuka kertas siasatan isu-isu sebegini dan mengingatkan agar tidak ada lagi isu-isu sensitif ini dimainkan. Saya juga yakin penyokong parti di Johor juga sama seperti penyokong parti yang telah pun mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas.

"Kita tengok masa PRN lepas, ketika penamaan calon, memang tidak ada apa-apa kes dan saya amat yakin di Johor, pengundinya juga sudah matang dalam menghadapi PRK di Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Ulang Tahun ke-74 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam di Balai Istiadat Seri Negeri di sini hari ini.

Pada istiadat berkenaan, Razarudin dianugerahkan Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M) yang membawa gelaran Datuk Seri.

PRK diadakan susulan kekosongan luar jangka kerusi Parlimen P161 Pulai dan DUN N13 Simpang Jeram berikutan kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan penamaan calon pada 26 Ogos, pengundian awal pada 5 Sept manakala 9 Sept sebagai hari mengundi bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad