web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Isu, Nga Jawab Soal Logo Parti Pada Replika Cek Sumbangan

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2023 12:37PM

Nga Kor Ming. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming enggan mengulas mengenai gambar logo DAP dan Pakatan Harapan yang dicetak pada replika cek sumbangan yang tular baru-baru ini.

"Tiada isu. Apa yang penting sekolah dapat sumbangannya," katanya memetik laporan Free Malaysia Today (FMT).

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perkara terbabit selepas menghadiri satu program di kementeriannya semalam.

Kor Ming sebelum ini diasak banyak pihak termasuk oleh Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh dan juga Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Wan Ahmad Fayhsal Wan Kamal melibatkan isu logo tersebut.

Jelas Dr Akmal, kewujudan logo DAP dan juga PH perlu dijelaskan oleh Kor Ming memandangkan ia bersifat politik sedangkan menteri berkenaan mewakilil Kerajaan Perpaduan ketika menyampaikan sumbangan itu.

Wan Ahmad Fayhsal turut menyelar perkara tersebut dan menyifatkan ia tidak seharusnya berlaku dalam kepimpinan kerajaan.

Di dalam gambar yang dimuat naik di media sosial, kelihatan sekumpulan penerima sumbangan memegang replika cek yang memaparkan logo DAP dan PH bersebelahan dengan logo Jata Negara.

Pada Sabtu, dilaporkan sebanyak 17 sekolah aliran Cina di Perak menerima sumbangan berjumlah RM1.8 juta daripada Kementerian Pendidikan untuk kerja membaik pulih dan menaik taraf.

Kor Ming yang juga naib pengerusi DAP turut hadir bagi menyampaikan sumbangan itu. – Getaran, 24 Ogos 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 2 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar