web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Altimet Ligat Di Lembah Jaya, Aktif Berinteraksi Di Media Sosial

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2023 8:54AM

Altimet (kanan) sempat bergambar dengan Ustaz Syamsul Debat ketika menjemput pendakwah itu memberikan kuliah maghrib - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

AMPANG - Belum pun sebulan bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad ligat menjalankan tugas diamanahkan.

Bergerak aktif dengan ‘kelajuan’ luar biasa,  ADUN Lembah Jaya itu yang lebih dikenali sebagai Altimet ligat menjelajah segenap pelusuk DUN berkenaan.

Bukan hanya lincah di lapangan, Altimet juga menggunakan sepenuhnya platform media sosial untuk berinteraksi dengan orang ramai, khususnya pengundi di Lembah Jaya.

Beberapa hari lalu misalnya, beliau mengundang pendakwah bebas, Ustaz Syamsul Debat untuk sesi kuliah maghrib di Taman Sri Ampang.

Katanya, program agama seumpama itu akan dipastikan terus aktif di setiap masjid dan surau, khususnya di kawasan Lembah Jaya.

Menerusi perkongsian di Facebook, Altimet semalam dilihat melawat tapak kerja penyelenggaraan cerun tdi Pangsapuri Desa Lembah Permai.

Beliau dalam perkongsian ringkas itu turut memuji tindakan pantas diambil oleh Jabatan Kejuruteraan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) untuk membersihkan sisa-sisa kerja yang ditinggalkan.

“Terima kasih diucapkan. Semoga Lembah Jaya terus makmur dan harmoni ,” katanya.

Altimet melawat tapak kerja penyelenggaraan cerun di Pangsapuri Desa Lembah Permai - gambar Facebook
Altimet melawat tapak kerja penyelenggaraan cerun di Pangsapuri Desa Lembah Permai - gambar Facebook

Beberapa jam sebelum itu, Altimet dipetik sebagai berkata, pihak kontraktor perlu mengambil tanggungjawab untuk membersihkan kawasan berkenaan secepat mungkin.

Tindakan tersebut katanya, bagi menjamin keselesaan dan kesejahteraan penduduk sekitar.

“Insya Allah saya akan berhubung dengan pihak MPAJ untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu di aplikasi X, Altimet sekali lagi meraih pujian apabila mengambil tindakan proaktif untuk bersedia sekiranya Lembah Jaya dilanda banjir kilat, susulan hujan lebat di kawasan terbabit.

“Hujan lebat. Saya dah minta ketua-ketua kampung dan ahli-ahli majlis di Lembah Jaya utk kemaskini jika air naik di Sg Puteh atau ada banjir kilat di dalam kawasan masing-masing,” katanya.

Beliau juga pantas memberi respon apabila diminta menubuhkan satu kumpulan WhatsApp melibatkan agensi berkaitan di Lembah Jaya.

Tidak hanya berkisar isu dan masalah dialami komuniti setempat, penyanyi rap dan komposer terbabit juga kelihatannya ‘cakna’ dengan lokasi makan menarik di sekitar Lembah Jaya.

Respon pantasnya menyenaraikan tiga port makan terbaik di kawasan itu nyata berhasil menarik minat orang ramai untuk berinteraksi. - Getaran, 19 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 8 bulan yang lalu

SPM Tidak Dimansuh, Kekal Kelayakan Tamat Sekolah Terpenting - Fadhlina

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Altimet Tawar Bantu Bayar Denda Selangor FC

3

Politik 2 tahun yang lalu

Selat Klang Isytihar Sokong MB, Ada Rakan Lain Bakal Ikut Jejak?

4

Politik 2 tahun yang lalu

Altimet Penat, Mahu Tidur Selepas Semua Selesai 

Sorotan

1

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

2

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

3

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

5

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 minit yang lalu

Idris Jala Hidap Kanser Paru-Paru Tahap 3, Lepaskan Peranan Hos Podcast 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar