web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Bercakap Ikut Perlembagaan, Tegas Tun M

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2023 6:59PM

Tun Dr Mahathir Mohamad. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan penulisannya yang dimuatnaik melalui Facebook bulan lalu dan menyifatkannya berlandaskan kepada perlembagaan Malaysia.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, ia berikutan penulisannya itu hanyalah menyentuh mengenai kedudukan orang Melayu di negara ini.

Katanya, beliau disoalsiasat polis membabitkan dua perkara iaitu berhubung kenyataannya dalam satu sidang media sebelum ini yang mengatakan Malaysia adalah Tanah Melayu dan isu membabitkan orang Melayu yang dibangkitkannya dalam blog miliknya.

Beliau berkata, kenyataan pihak polis sebelum ini, iaitu membabitkan dakwaan menghina institusi diraja dan Proklamasi Melayu, menghalang beliau daripada bercakap berkenaan masalah dalam negara.

Sedangkan, katanya, apa yang disentuhnya berasaskan fakta jelas yang tidak menyalahi undang-undang.

"Kenyataan oleh polis ini satu cara ugutan menghalang saya daripada bercakap berkenaan masalah dalam negara. Saya bercakap semuanya berasaskan fakta jelas yang tidak menyalahi undang-undang.

"Saya bercakap berkenaan perlembagaan, yang mana perlembagaan sebut kedudukan negara sebagai Tanah Melayu.

“Ini dianggap sebagai perkauman jadi saya tak boleh bercakap soal perlembagaan," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu juga mendakwa kerajaan hari ini menggunakan polis untuk mengugut mana-mana pihak yang tidak sealiran dengan mereka.

Dr Mahathir berkata, tindakan pihak polis untuk merakamkan kenyataan adalah tekanan terhadapnya untuk menghalang daripada beliau memberikan sebarang kenyataan.

"Sebaliknya kita dengar kerajaan dipimpinnya  berjuang untuk reformasi, hapuskan undang-undang zalim tapi dia gunakan undang-undang zalim bahkan bertindak di luar undang-undang," katanya.

Dr Mahathir berkata, ia kali ke-lapan beliau diminta memberi kenyataan kepada polis dengan kali pertama diminta berbuat demikian ketika era pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

"Malaysia sudah jadi kerajaan polis. Mereka boleh buat apa sahaja keputusan. Peguam Negara juga boleh buat apa sahaja keputusan sama ada mematuhi peraturan atau tidak.

"Tiada sebab kenapa nak tukar corak perlembagaan dia. Itu dilapor, dirakam dan saya disoal kenapa saya kata macam itu. Saya tak jawab, saya akan jawab di mahkamah kalau dikenakan tuduhan.

"Keduanya, dalam blog saya saya nyatakan masalah dihadapi. Melayu hadapi banyak masalah. Rupanya tak boleh kata. Kena kata berkenaan Malaysia bukan hak Melayu.

"Jadi kalau kata kepelbagaian kaum itu pun rasis. Itulah yang disoal. Saya tak jawab banyak kalau kena tuduh saya akan jawab di mahkamah," katanya. – Getaran, 18 Ogos 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 4 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar