web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wakil UMNO Akan Dilantik Sebagai EXCO Pulau Pinang - Loke

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2023 8:02AM

Seorang wakil UMNO akan dilantik dalam Kerajaan Pulau Pinang mewakili BN, kata Anthony Loke. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - DAP bersetuju agar seorang wakil UMNO mewakili Barisan Nasional (BN) dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Pulau Pinang bagi mengangkat semangat Kerajaan Perpaduan, kata Setiausaha Agungnya Anthony Loke.

Loke yang juga Menteri Pengangkutan berkata perkara itu sebulat suara dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang berlangsung malam ini.

“DAP menerajui Pulau Pinang menerusi Ketua Menteri kita daripada parti DAP, satu-satunya negeri diterajui Ketua Menteri daripada DAP.

“CEC bersetuju kita cadangkan kepada Ketua Menteri untuk melantik seorang ahli exco daripada UMNO mewakili BN sebab ada dua calon BN yang menang di Pulau Pinang, maka kita akan lantik wakil BN untuk menduduki dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang,” katanya dalam sidang media di sini malam ini.

Turut hadir Pengerusi DAP Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, Timbalan Pengerusi DAP Gobind Singh Deo, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Teo Nie Ching dan pimpinan tertinggi parti itu.

Semalam, Chow yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri bagi penggal kedua setelah gabungan PH-BN memenangi 29 daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada Pilihan Raya Negeri (PRN)

Daripada jumlah itu, DAP memenangi kesemua 19 kerusi ditandingi, manakala PKR meraih tujuh kerusi, BN (2) dan Amanah satu kerusi.

Dua kerusi dimenangi BN ialah di Bertam menerusi Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Sungai Acheh yang diwakili Rashidi Zinol.

Sementara itu, Loke berkata parti itu juga akan mengemukakan nama calon kepada Menteri Besar dan Ketua Menteri untuk diangkat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di tiga negeri diterajui gabungan BN-PH iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, dalam masa terdekat ini.

Berhubung pascanilai selepas PRN berhubung kerjasama antara parti dalam Kerajaan Perpaduan, Loke berkata buat masa ini ia belum dilaksanakan.

“Yang jelas bahawa di kerusi-kerusi yang kita menang ia menunjukkan kerjasama baik antara PH dan BN, ini amat jelas sekali di Negeri Sembilan di mana kita menang 31 daripada 36 kerusi atas kerjasama antara dua gabungan walaupun ia kerjasama baharu tapi ia formula kejayaan dalam pilihan raya,” katanya.

Pada masa sama, Loke menyifatkan kerusi DUN Sungai Pelek di Selangor yang dimenangi DAP pada PRN kali ini, sebagai ‘kerusi kebanggaan’ parti itu, memandangkan hampir 60 peratus pengundi di situ merupakan pengundi Melayu, kira-kira 20 peratus pengundi Cina dan 15 peratus pengundi India.

“Kita meletakkan seorang calon pemimpin akar umbi daripada kaum Cina dan berjaya tewaskan calon PN daripada Bersatu, ini satu contoh kejayaan yang sangat signifikan dan menunjukkan pengundi di Selangor, termasuk Melayu boleh menerima calon PH,” katanya.

Pada PRN baru-baru ini, DAP menang 46 daripada 47 kerusi DUN yang ditandingi di empat negeri, iaitu 19 kerusi di Pulau Pinang, Selangor (15), Negeri Sembilan (11) dan satu kerusi di Kedah. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan