web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tebus Maruah Di Mata Ahli, UMNO Perlu Adakan PAU Luar Biasa

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2023 7:56AM

UMNO perlu mengadakan perhimpunan khas untuk memulihkan imej parti - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - UMNO perlu mengadakan Perhimpunan Agung luar biasa sebagai langkah untuk menilai semula kekalahan pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu lalu.

Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Datuk Dr Abdul Halim Sidek berkata, itu adalah jalan terbaik bagi membolehkan parti itu mendalami isi hati akar umbi yang jelas sudah kecewa.

"PRN baru-baru ini dengan jelas memperlihatkan kepada kita kekecewaan akar umbi terhadap parti. Cuma sebagai orang Melayu, marah itu tidak ditunjuk berdepan. Jadi cara nak tunjuk kita marah, diterjemahkan dalam undi.

"Ramai ahli UMNO sudah beralih arah kepada Perikatan Nasional (PN), puncanya mereka kecewa dengan parti yang berpeluk dengan DAP, berpeluk dengan Presiden PKR, (Datuk Seri) Anwar Ibrahim,” katanya kepada Getaran, ketika dihubungi.

Abdul Halim menyatakan demikian ketika diminta mengulas mengenai mekanisme yang perlu diambil UMNO secara keseluruhan, susulan persembahan buruk pada PRN, tiga hari lalu.

Parti terbabit yang bertanding di bawah gabungan Kerajaan Perpaduan dan menggunakan tiket Barisan Nasional (BN) itu hanya berupaya mencatatkan 19 kemenangan, daripada 108 calon disenaraikan.

 Profesor Datuk Dr Abdul Halim Sidek
Profesor Datuk Dr Abdul Halim Sidek



Dalam hal ini jelas Abdul Halim, jalan paling mudah untuk UMNO memulihkan semula imej yang sudah tercalar ialah kembali kepada rakyat dan akar umbi.

“Adakan PAU luar biasa, dengar suara hati mereka kalau mahu terus kekal relevan.

“Kekalahan teruk BN menterjemahkan isi hati ahli UMNO yang rasa dikhianati oleh Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, keputusan untuk bergabung di bawah Kerajaan Perpaduan bertentangan dengan kehendak dan keinginan ahli parti.

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) pada 2021 katanya, dengan lantang menegaskan pendirian parti berkenaan untuk tidak menjalinkan sebarang kerjasama dengan Anwar, DAP dan BERSATU.

Ahmad Zahid Hamidi - gambar fail
Ahmad Zahid Hamidi - gambar fail

“Namun apa yang Zahid lakukan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) berubah 180 darjah dan nyata bertentangan dengan apa yang dimahukan akar umbi, menyebabkan mereka rasa dikhianati.

"Natijahnya, UMNO kalah teruk dalam kerusi yang dipertandingkan pada PRN baru-baru ini. Sudah jelas sangat, apa lagi petunjuk yang parti mahu,” katanya.

Abdul Halim menarik perhatian, kekalahan BN baru-baru ini juga dilihat sebagai manifestasi kemarahan terhadap Ahmad Zahid yang enggan berundur dari parti.

Jelasnya, ia turut didorong oleh tindakan Timbalan Perdana Menteri itu yang memecat dan menggantung beberapa top gun parti, termasuk mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Januari lalu.

Tegas beliau, semua tindakan itu menunjukkan Zahid tidak mendengar suara ahli, sebaliknya memilih untuk memperkukuhkan kedudukan beliau semata-mata.

"Zahid tidak dengar suara ahli-ahli dia, dia buang orang-orang kuat parti seperti Tan Sri Noh Omar, Tan Sri Annuar Musa, Khairy Jamaluddin. Sebaliknya, dia bertahan dengan orang yang sokong dia yang nyata tidak memberikan manfaat kepada parti.

"Disebabkan ini, Pengerusi BN di Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid boleh kalah, kalah tersungkur dan terduduk. Kelantan juga memang sudah tolak BN, apa lagi Terengganu, bersih tanpa BN," katanya. - Getaran, 15 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi