web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Sebarang Perbincangan Berhubung Jawatan Kerajaan Negeri – Reezal Merican

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2023 6:38PM

Reezal serahkan perkara berhubung penyertaannya dalam Kerajaan Pulau Pinang kepada kepimpinan tertinggi parti dan Kerajaan Perpaduan. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KEPALA BATAS - Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican belum mengadakan sebarang perbincangan dengan mana-mana pihak berhubung penyertaannya dalam pembentukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kepimpinan tertinggi parti dan Kerajaan Perpaduan untuk memutuskan perkara berkenaan.

“Belum lagi (berbincang), dengan mana-mana kepimpinan negeri. Saya ada bercakap dengan beberapa pemimpin parti tetapi itu sahaja, kami tidak berbincang secara mendalam,” katanya ketika ditemui Bernama pada majlis ramah mesra dengan masyarakat setempat di sini.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang semalam, Reezal Merican menang dengan majoriti 2,321 undi apabila memperoleh 10,453 undi menewaskan bekas penyandang kerusi Khaliq Mehtab Mohd Ishaq daripada Perikatan Nasional (PN) yang mendapat 8,132 undi dalam pertandingan satu lawan satu.

Di Pulau Pinang, gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berjaya menubuhkan Kerajaan Perpaduan selepas memenangi majoriti dua pertiga iaitu 29 kerusi daripada 40 kerusi DUN yang dipertandingkan.

DAP memenangi kesemua 19 kerusi DUN yang ditandingi, PKR (tujuh), Amanah (satu) dan  BN (dua), manakala Pakatan Nasional (PN) memperoleh 11 kerusi.

Sementara itu, Reezal Merican yang juga bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, menyifatkan kemenangan di DUN Bertam itu sebagai menebus kegagalan beliau mempertahankan kerusi Parlimen Kepala Batas pada pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 31 minit yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan