web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Guan Eng Nafi Spekulasi Tidak Hadir Rai Kemenangan PH-BN

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2023 3:35PM

Lim Guan Eng. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Pengerusi DAP Lim Guan Eng menafikan spekulasi tentang ketidakhadiran beliau di Pusat Penjumlahan Undi Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) di sebuah hotel di sini semalam, mempunyai kaitan dengan Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Lim menjelaskan beliau tidak dapat hadir kerana perlu berada di pusat penjumlahan rasmi undi di Kompleks Masyarakat Penyayang bagi sama-sama mendengar keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih yang ditandinginya.

"Jangan buat spekulasi, saya pergi tempat kira undi dan saya tidak sempat (ke St Giles Wembley), banyak program jadi saya perlu berulang-alik," katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Angkat Sumpah Ketua Menteri Pulau Pinang di Seri Mutiara hari ini.

Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan berjaya mempertahankan DUN Air Putih yang disandangnya sejak 2008 dengan majoriti 7,923 undi apabila mendapat 8,996 undi.

Beliau mengalahkan calon Perikatan Nasional (PN) Kong Cheng Ann yang meraih 1,073 undi dan calon Parti Rakyat Malaysia Teh Yee Cheu yang memperoleh 437 undi, pada pertandingan tiga penjuru itu.

Sebelum ini, terdapat khabar angin yang mendakwa hubungan Lim dan Chow dingin susulan isu-isu berkaitan PRN termasuk pemilihan Ketua Menteri.

Dalam pada itu, Lim menjelaskan kehadiran ayahnya Tan Sri Lim Kit Siang ke Pusat Penjumlahan Undi PH-BN adalah sebagai tanda sokongan kepada calon dan parti.

Terdahulu, Chow, 65, yang juga Pengerusi PH Pulau Pinang mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang bagi penggal kedua di hadapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak di Seri Mutiara di sini pagi tadi.

Chow yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota akan mengetuai Kerajaan Negeri Pulau Pinang setelah gabungan PH-BN memenangi 29 daripada 40 kerusi DUN pada PRN semalam. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan