web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Calon Muda Ikrar Bawa Isu Anak Muda, Masalah Pekerjaan Jika Menang 

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2023 10:01PM

Calon Muda bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Bandar, Luqman Long (tengah) bergambar bersama pengundi. gambar Ana Maria Yusof

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Calon Muda kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar, Luqman Long mahu mengangkat pelbagai isu yang menghimpit anak muda seperti pekerjaan dan gaji setara sekiranya menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) esok.

Luqman berkata selain itu, penambahbaikan prasarana dan infrastruktur juga adalah antara agenda pertama yang bakal diperjuangkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri jika dipilih sebagai wakil rakyat.

“Sepanjang hampir dua minggu saya berkempen isu-isu ini adalah antara yang kerap dibangkitkan penduduk dan anak muda.

“Jadi, jika saya memenangi kerusi DUN Bandar perkara pertama yang akan saya bawa ke Sidang DUN adalah isu-isu tersebut,” katanya kepada Getaran.

Justeru itu, beliau berharap akan mendapat sokongan daripada pengundi dalam PRN kali ini, sekaligus dapat membawa pembaharuan landskap politik di negeri pantai timur itu.

“Hasrat saya adalah untuk Muda menjadi kuasa semak dan imbang di Terengganu. Kita nak jadi pembangkang yang berwibawa di negeri ini.

“Biarpun dengan kemenangan saya seorang tidak akan membawa kepada pertukaran kerajaan negeri tapi sekurang-kurangnya saya dapat memberi peranan semak dan imbang dalam pentadbiran negeri,” katanya.

Kerusi DUN Bandar mencuri tumpuan pada PRN kali ini kerana membabitkan pertarungan tiga penjuru antara PAS, Barisan Nasional (BN) dan Muda.

Luqman bakal dicabar penyandang kerusi itu Ahmad Shah Muhamed dari PAS dan wakil BN, Armi Irzan Mohd. - Getaran, 11 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Petisyen Pilihan Raya 4 Kerusi Dikemukakan Dalam Masa Terdekat - MB Selangor

2

Politik 2 tahun yang lalu

Keputusan, Penyata Pengundian PRN, PRK Kuala Terengganu Sudah Diwartakan - SPR

3

Politik 2 tahun yang lalu

Gagal Menangi Kerusi DUN, MUDA Kosongkan Jawatan Ketua Penerangan

4

Politik 2 tahun yang lalu

Sabar, Istiqamah Jalankan Tugas Sementara Tunggu 'Post Mortem' PRN - Fahmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 3 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad