web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gagal Menangi Kerusi DUN, MUDA Kosongkan Jawatan Ketua Penerangan

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2023 8:56AM

Luqman Long - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Akur dengan kegagalan menambat hati pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos lalu, MUDA menepati janji dibuar apabila mengosongkan jawatan Ketua Penerangan parti itu

Menerusi satu kenyataan, jurucakap parti memberitahu, keputusan tersebut selaras dengan ikrar yang dibuat sebelum bertanding pada PRN.

Serentak dengan itu, Luqman Long tidak lagi menyandang portfolio berkenaan dan pemangku jawatan Ketua Penerangan akan diumumkan tidak lama lagi.

"MUDA telah mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat pada 18 Ogos yang dihadiri oleh pimpinan nasional dan negeri. Fokus utama ialah prestasi MUDA dalam PRN 2023 yang telah tamat, pengosongan jawatan utama serta pemilihan parti.

"MUDA juga mengosongkan jawatan Ketua Penerangan dipegang Luqman Long, selaras dengan ikrar pada Perhimpunan Agung MUDA yang lepas, Pemangku baharu untuk Ketua Penerangan MUDA akan dimaklumkan dalam masa terdekat," katanya.

Jelas jurucakap tersebut, parti pimpinan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu juga akan mengadakan post mortem pasca PRN pada 26 Ogos nanti.

"Ia bagi menyemak semula keputusan PRN lebih-lebih lagi kerusi yang ditandingi MUDA. Parti juga bercadang mengadakan pemilihan lebih awal dari tempoh ditetapkan.

"Ia bertujuan untuk memberi nafas dan melantik muka baharu bagi menggerakkan parti dengan lebih baik," katanya.

Luqman yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar di Terengganu sebelum ini berjanji akan melepaskan jawatan disandang dalam parti sekiranya gagal menawan kerusi terbabit.

Beliau ketika itu berdepan saingan tiga penjuru melibatkan calon Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) yang bertanding di bawah tiket Kerajaan Perpaduan.

MUDA yang menyenaraikan calon di 19 kerusi di Selangor, Pulau Pinang, Terengganu dan Kedah gagal menepati sasaran apabila tewas dalam merebut mana-mana kerusi.

Parti itu juga kehilangan semua deposit selepas gagal meraih pungutan undi yang memuaskan. - Getaran, 20 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Calon Muda Ikrar Bawa Isu Anak Muda, Masalah Pekerjaan Jika Menang 

2

Politik 3 tahun yang lalu

Isham Jalil Dilantik Ketua Penerangan UMNO Berkuat Kuasa Hari Ini

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad