web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Marilah Mari Pergi Mengundi, Tunaikan Kewajipan Pada Negara!’

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2023 9:13PM

Pilihan raya menyuburkan demokrasi dalam kalangan rakyat, apabila mereka berpeluang memilih pemimpin dikehendaki - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Genap jam 11.59 malam ini, tamatlah tempoh berkempen 14 hari yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) susulan pengisytiharan Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15 pada 5 Julai, diikuti Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu pula pada 18 Julai lalu.

PRN ke-15 diadakan di enam negeri iaitu Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu selepas ia tidak dijalankan serentak ketika Pilihan Raya Umum (PRU) tahun lalu, berikutan kebimbangan pemimpin negeri terbabit mengenai bencana banjir dan pandemik COVID-19 yang masih menular.

Lagipun, kerajaan negeri Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan berpendapat mereka perlu melengkapkan penggal penuh susulan mempunyai majoriti yang stabil.

PRK bagi Parlimen Kuala Terengganu pula terpaksa diadakan semula apabila pada 27 Jun lalu, Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan wakil PAS, Ahmad Amzad pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). 

Berikutan itu, sebaik sahaja tamatnya proses penamaan calon di 173 lokasi di seluruh negara, kesemua calon yang bertanding mewakili Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN), selain calon bebas mula mengorak langkah berkempen bagi meraih sokongan pengundi.

Selesai sahaja proses penamaan calin, maka kempen pilihan raya pun bermula secara rasmi - gambar fail
Selesai sahaja proses penamaan calin, maka kempen pilihan raya pun bermula secara rasmi - gambar fail

Strategi berkempen kali ini bukan lagi tertumpu dari rumah ke rumah atau bersemuka, sebaliknya sebahagian besar calon memilih kempen menerusi media sosial khususnya TikTok dan Facebook bagi memperkenalkan diri serta parti yang diwakili.

Pelbagai janji dan isu mula bertaburan serta dibangkitkan, antaranya unsur nadir bumi (REE) di Kedah, air di Kelantan selain pembangunan dan kemudahan asas di beberapa negeri yang dianggap tidak berkesudahan.

Turut diadakan Rabu lalu Debat Model Baharu Ekonomi Malaysia antara Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman yang disiarkan secara langsung menerusi RTM dan Astro Awani.

Debat itu memberi peluang kepada Rafizi dan Mohd Syahir untuk mendedahkan pendekatan ekonomi yang bakal serta sedang dilaksanakan bagi meringankan beban rakyat susulan penularan COVID-19.

COVID-19 menyebabkan ramai keluarga kehilangan insan tersayang, termasuk tunggak pencari rezeki - gambar fail
COVID-19 menyebabkan ramai keluarga kehilangan insan tersayang, termasuk tunggak pencari rezeki - gambar fail

COVID-19 bukan hanya menyebabkan ramai individu hilang pekerjaan, tetapi banyak perniagaan terpaksa ditutup, malah ada keluarga yang hilang tunggak pencari rezeki, sekali gus memberi tekanan kepada rakyat.

Keadaan diburukkan dengan kenaikan kadar inflasi, kos sara hidup dan harga barang yang tidak berkesudahan, jadi kesemua masalah ini perlu ditangani segera serta menyeluruh oleh pemerintah.

Justeru, pembahagian bantuan hendaklah lebih meluas dan tidak tertumpu pada satu golongan sahaja, kerana rakyat berhak dilayan secara adil oleh pemimpin tanpa mengira  fahaman politik.

Bagi ahli politik, jangan terus bermain dengan sentimen agama dan perkauman bagi meraih laba buat diri sendiri kerana pemimpin dipilih untuk membantu rakyat dan boleh 'dibuang' jika gagal menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya akan datang.

Jadi, elakkan kempen yang tidak ikhlas, semata-mata bagi meraih undi dan kemudiannya 'hilang' dari radar selepas dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri.

Rakyat atau pengundi hanya memerhati segala tingkah laku calon yang bertanding kerana di era media sosial ini, semuanya berada di hujung jari, jadi maklumat boleh disebarkan dan dikongsi dengan sekelip mata.

Dalam pada itu, SPR melaporkan proses pengundian awal pada Selasa lalu di seluruh negara berjalan lancar, dan merekodkan peratusan mengundi lebih 90 peratus di kesemua pusat mengundi awal di enam negeri dan PRK Parlimen Kuala Terengganu. 

Oleh itu, kepada 9,674,456 orang pemilih, gunakan kesempatan ini untuk memilih pemimpin yang benar-benar tepat, ikhlas, amanah dalam melaksanakan tanggungjawab mereka, demi masa depan negara serta generasi akan datang.

Rakyat perlu menunaikan tanggungjaweab mengundi dengan bijak demi memilih pemimpin yang terbaik - gambar fail
Rakyat perlu menunaikan tanggungjaweab mengundi dengan bijak demi memilih pemimpin yang terbaik - gambar fail

Jika salah memangkah, kesannya bakal dirasai dalam tempoh jangka panjang dan masalah akan terus berlarutan, sekiranya tiada kesedaran dalam diri pemimpin untuk memperbaiki keadaan negara daripada kancah ekonomi yang mencengkam rakyat. 

Malaysia, tanah air tercinta ini adalah negara yang kaya dengan hasil bumi dan keindahan alam, justeru jika diuruskan dengan sebaiknya oleh pemimpin yang tiada kepentingan diri, sudah pasti hasilnya dapat dinikmati secara saksama dan sama rata.

Selamat Mengundi dan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan kepada semua rakyat Malaysia tidak kira di mana juga anda berada. - Getaran, 11 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: Pengundian Tamat 6 Petang, Penjumlahan Undi Bermula

2

Politik 2 tahun yang lalu

ADUN Jepak Ditentukan Hari Ini, Proses Bermula 7.30 Pagi

3

Politik 2 tahun yang lalu

Pusat Pengundian Ditutup, Proses Kira Undi Bermula

4

Politik 2 tahun yang lalu

PM, Isteri Mengundi Di SK Penanti

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Luar Negara 5 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar