web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ahmad, Nik Amar Ditukar Jika PN Menang PRN, Sanusi Kekal

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2023 3:27PM

Datuk Takiyuddin Hassan. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kepimpinan tertinggi Kelantan akan ditukar sekiranya gabungan Perikatan Nasional (PN) terus diberi mandat untuk mentadbir negeri itu sebaik sahaja berakhirnya Pilihan Raya Negeri (PRN).

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, perkara itu sudah diputuskan pada mesyuarat jawatankuasa harian PAS Pusat, yang dipengerusikan presiden parti, Tan Sri Abdul Hadi Awang, semalam.

"Perubahan gabungan Menteri Besar (MB) dan Timbalan Menteri Besar (TMB) sekarang bagi Kelantan dengan mengemukakan gabungan kepimpinan baharu iaitu seorang tokoh agamawan dan seorang tokoh teknokrat tertakluk kepada mandat rakyat dan ampuni perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kelantan.

"Gabungan jawatan MB dan TMB Kelantan selepas PRN nanti tidak dinamakan bagi menghormati mandat rakyat dan juga menghormati kuasa mutlak Sultan Kelantan dalam hal pelantikan MB Kelantan dan TMB," katanya dalam satu sidang media khas PAS hari ini, yang disiarkan menerusi penstriman langsung.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, kepimpinan tertinggi untuk dua lagi negeri PN iaitu Kedah dan Terengganu bagaimanapun akan dikekalkan.

Ini bermakna katanya, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar akan terus menyandang portfolio Menteri Besar sekiranya kemenangan memihak kepada mereka.

"Mengekalkan MB bagi negeri Terengganu dan Kedah tertakluk kepada mandat rakyat dan  ampuni perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan kedua-dua negeri," katanya.

Kelantan kini dipimpin oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan timbalannya iaitu Datuk Mohd Nik Amar Nik Abdullah.

Pengumuman dibuat Takiyuddin sekali gus membuatkan Ahmad dan Nik Amar tidak lagi berada dalam kedudukan selamat.

Keputusan itu juga dipercayai mempunyai kaitan dengan aduan dan rungutan diterima parti itu daripada rakyat Kelantan, termasuk melibatkan pengurusan air bersih dan perkembangan ekonomi negeri tersebut.  - Getaran, 11 Ogos 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 10 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad