web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRN: SPR Jangka Peratusan Keluar Undi Lebih 85 Peratus

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2023 3:05PM

Penduduk di enam negeri akan menunaikan tanggungjawab mereka esok bagi memilih kerajaan baharu. - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CYBERJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu esok melebihi 85 peratus, kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh.

Beliau berkata jika jumlah peratusan itu tercapai, ia melebihi peratusan keluar mengundi sebanyak 74.7 yang direkodkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU), November lepas.

Abdul Ghani turut menyeru semua pengundi keluar melaksanakan tanggungjawab masing-masing demi negara serta menasihatkan mereka jangan sesekali menyerahkan kad pengenalan kepada individu yang tidak dikenali selain daripada petugas SPR untuk tujuan semakan.

"Kita (SPR) bersama pasukan keselamatan telah pun bersedia untuk menangani apa-apa masalah dan saya telah berbincang dengan pihak berkuasa untuk menangani sebarang isu berkaitan esok. Jadi jangan bimbang dan keluar mengundi macam biasa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan dan menghadiri taklimat persediaan akhir Pusat Semakan Peti Undi di Semarak Hall Cyberjaya yang juga pusat penjumlahan rasmi undi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil, di sini hari ini.

Esok, 12 Ogos adalah hari pengundian bagi PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan. Turut diadakan serentak adalah PRK bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

Abdul Ghani berkata SPR telah memberi cadangan waktu mengundi yang digalakkan untuk mengelak kesesakan di pusat mengundi serta mengingatkan pengundi tidak berpusu-pusu di awal pagi ke pusat mengundi memandangkan pusat mengundi dibuka dari 8 pagi hingga 6 petang.

Beliau berkata persiapan di semua pusat mengundi PRN dan PRK Parlimen Kuala Terengganu dari segi peti undi, kertas undi dan peralatan lain berjalan dengan baik dan tiada perkara yang tidak diingini dilaporkan berlaku. - BERNAMA

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar