Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PRN: MUDA Pilihan Alternatif Tapi Sukar Bawa Impak – Penganalisis

Politik Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2023 9:04AM

MUDA tawar pilihan alternatif kepada pengundi dalam PRN 2023. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kehadiran Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) memberikan alternatif kepada pengundi terutamanya pengundi belia bawah 40 tahun tetapi sukar memberi kesan kepada keputusan pilihan raya berkenaan, kata penganalisis politik. 

Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Azmil Mohd Tayeb berkata penglibatan parti MUDA dalam PRN ini mampu menjadi gelombang ketiga selain memberi pilihan kepada pengundi “atas pagar”.

“Trend pengundi sekarang ini, mereka (pengundi) mahukan sebuah parti yang mempunyai nilai-nilai yang memperjuangkan hak sama rata untuk semua kaum, tidak kira pengundi muda atau tua. Saya melihat MUDA mampu menjadi alternatif kepada mereka,” katanya kepada Bernama.

Walau bagaimanapun, Azmil berkata MUDA sukar memberi saingan sengit kepada parti besar iaitu Pakatan Harapan-Barisan Nasional dan Perikatan Nasional kerana sistem politik di negara ini.

Dalam PRN kali ini, MUDA yang dibarisi seramai 19 calon merangkumi 14 calon akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, diikuti tiga di Pulau Pinang dan Negeri Sembilan serta Terengganu masing-masing (satu).

Menurut data yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, seramai 9,773,571 pengundi berdaftar di enam negeri dan daripada jumlah tersebut sebanyak 50 peratus merupakan golongan belia bawah 40 tahun.

Azmil berkata MUDA yang kini membawa gerakan “politik baharu” kepada pengundi di kawasan yang ditandingi dengan memperlihatkan gabungan bersama Parti Sosialis Malaya (PSM) yang sangat dikenali dengan perjuangan hak rakyat tanpa mengambil kira bangsa dan agama.

“Mereka (MUDA) nampak giat membuktikan nilai-nilai politik baharu melalui manifesto, media sosial dan ceramah. Melalui politik baharu itu juga, MUDA turut mampu memberi tekanan kepada calon-calon lain apabila parti itu tampil lebih neutral dengan idea pengisytiharan harta yang tidak dilakukan oleh mana-mana parti,” katanya.

“MUDA juga mengetengahkan isu-isu yang tidak diberi perhatian seperti Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU), hak pendidikan dan lain-lain,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Mohd Mahadee Ismail berkata parti tersebut perlu mempunyai 5M iaitu money, machinery, social media, manifesto and manipulation (wang, jentera, media sosial, manifesto dan manipulasi) yang merupakan faktor penting sesebuah kejayaan parti politik.

“Bagi saya setiap calon yang bertanding mereka sudah ada wang yang merupakan peruntukan untuk mengerakkan kempen seperti memasang bunting, bayaran kepada jentera dan khemah untuk berkempen dan sebagainya.

"Bagi jentera pula mereka belum mempunyai akar umbi yang kuat kerana BN, PAS dan PKR mengambil berbelas tahun untuk bangunkan jentera yang kuat malah Bersatu juga belum kukuh kerana kebanyakan mereka bergantung kepada jentera-jentera PAS,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata bagi media sosial pula, MUDA mempunyai kelebihan kerana parti itu sendiri berkembang melalui media sosial dalam membawa isu-isu rakyat mahupun menyebarkan manifesto mereka.

Mohd Mahadee berkata manifesto MUDA turut merangkumi setiap lapisan masyarakat di tempat mereka bertanding namun keberhasilan manifesto tersebut bergantung kepada penyampaian parti itu. - BERNAMA

Sorotan

1

Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG

2

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

3

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

4

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

5

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

6

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Harap Kerajaan Laksana Cukai Mudarat, Boleh Guna Bangunkan Komuniti Bukan Islam - Edmund

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

BJAK Tiada Kebenaran Laksana Khidmat Perbaharui Cukai Jalan - JPJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bintang Selangor FC, Faisal Halim Disimbah Asid

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Tidak Turun Bantu Kempen, Ke Mana June Leow Menghilang?

oleh Sophia Ahmad