web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PDRM Hantar Anggota Ke Kontinjen Negeri, Bantu Operasi Hari Mengundi 

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2023 9:23PM

Pegawai dan anggota polis dari Kontinjen Melaka bergerak ke Negeri Sembilan bagi membantu penugasan Pilihan Raya Negeri pada Majlis Pelepasan Bantuan Sumber Manusia PRN hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mula menggerakkan pegawai dan anggotanya daripada beberapa kontinjen bagi penugasan dan membantu kelancaran proses pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, Sabtu ini.

Di KUALA LUMPUR, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azry Akmar Ayob berkata seramai tiga pegawai kanan polis dan 684 anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur digerakkan bagi membantu penugasan di Terengganu iaitu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut, IPD Setiu, IPD Kuala Terengganu, dan IPD Hulu Terengganu. 

"Kawal emosi ketika berhadapan dengan sebarang bentuk provokasi, tanamkan niat serta tekad yang tinggi untuk melaksanakan amanah ini dengan penuh integriti, ikhlas dan sabar," katanya dalam ucapan sempena Flag Off Bantuan Sumber Manusia Kontinjen Kuala Lumpur ke Terengganu, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini. 

Di MELAKA, Timbalan Ketua Polis Melaka SAC Md Nazri Zawawi berkata seramai 478 pegawai kanan dan anggota polis dari IPK Melaka digerakkan ke Negeri Sembilan menggunakan 31 kenderaan membabitkan 14 buah lori, van (11 buah) dan bas (enam buah).

Beliau berkata selain itu, sebanyak 24 motosikal dan empat motosikal berkuasa besar turut digerakkan ke Negeri Sembilan bagi melancarkan bantuan penugasan PRN.

"Bantuan sumber manusia daripada Kontinjen Melaka ini akan ditempatkan di Negeri Sembilan bermula hari ini sehingga pascaPRN atau mengikut keperluan kontinjen berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Pelepasan Bantuan Sumber Manusia PRN ke-15 di IPK Melaka di sini hari ini.

Sementara itu, di PAHANG, seramai 881 pegawai dan anggota polis yang digerakkan bagi membantu polis Terengganu pada pilihan raya negeri itu, bertolak dari Kompleks Logistik PDRM Alor Akar di Kuantan. 

Ketua Polis negeri Datuk Seri Yahaya Othman berkata mereka akan ditempatkan di Besut, Hulu Terengganu, Dungun, Marang dan Kemaman, selama lima hari bermula hari ini. 

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh pengundian bagi PRN di Selangor, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Kedah dan Pulau Pinang serta Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu pada 12 Ogos ini dengan tempoh berkempen selama 14 hari hingga 11.59 malam pada 11 Ogos. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Dakwaan Sabotaj Negara: PDRM Ambil Keterangan 3 Individu - KPN

2

Semasa 6 bulan yang lalu

‘PDRM Tak Perlu Siasat Siapa Yang Kritik Saya’ - Anwar

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Cawangan Khas PDRM Agensi Perisikan Pertama Berjaya Bongkar Sel Kumpulan JI - Ayob Khan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Gesa Tindakan Tegas Terhadap Pihak Lakukan Kekacauan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad