web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


13 Agenda Batu Buruk Misi Yang Logik - Zamir

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2023 9:22AM

Zamir Ghazali - gambar Ana Maria Yusof

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Bagi calon Pakatan Harapan (PH) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk , Zamir Ghazali, 13 Agenda yang diangkat dalam kempennya bukan sekadar angan-angan kosong.

Akui Zamir, memang ada pandangan sinis terutama daripada penyokong pihak lawan mengenai cita-citanya yang ingin membangunkan kawasan  itu.

Antara lain katanya, Agenda Batu Buruk merancang untuk mewujudkan 'Bendang Pangsapuri' yang berkonsepkan pangsapuri di tengah sawah.

“Ia adalah penyelesaian kepada isu keperluan pemukiman bagi 1,500 penduduk Batu Buruk yang tidak memiliki rumah.

"Ia bukan satu agenda tidak realistik. Bagi saya ini sangat logik kerana 13 agenda ini ialah hasil pemerhatian yang dibuat sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN)," katanya kepada Getaran ketika ditemui di sini.

Zamir yang juga Ketua Pemuda AMANAH Terengganu berkata, 13 Agenda adalah cetusan idea tokoh korporat dan teknokrat anak tempatan yang digelar Majlis Pemikir, dengan berlatar belakangkan  pelbagai parti.

"Dalam kluster ini sebenarnya ada Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan PAS yang boleh duduk semeja untuk fikirkan aspek pembangunan di Batu Buruk ini.

"Malah latar belakang saya sendiri yang menyambung pengajian selama dua tahun di Jepun untuk belajar bagaimana nak bina struktur bandar melalui pertanian. Jadi dengan pengalaman saya dan ahli - ahli majlis pemikir lain maka lahirlah 13 Agenda Batu Buruk” katanya.

Zamir Ghazali (tengah) bersama keluarganya pada Hari Penamaan Calon 29 Julai lalu - gambar Ana Maria Yusof
Zamir Ghazali (tengah) bersama keluarganya pada Hari Penamaan Calon 29 Julai lalu - gambar Ana Maria Yusof

Selain Bendang Pangsapuri, Agenda Batu Buruk turut menggariskan kewujudan Liga Sukan Komuniti menerusi pembinaan padang bola sepak sintetik dan penubuhan Kampung Sukan.

Selain itu ia juga menyasarkan pembangunan 'Surau Berdikari' yang akan berfungsi sebagai lokasi ekonomi dan kebajikan masyarakat.

Mengulas mengenai potensi kemenangan, Zamir mengakui kekuatan lawan iaitu penyandang di kerusi tersebut yang merupakan anak kepada presiden PAS, Khalil Abdul Hadi.

Namun anak tempatan Kuala Ibai itu yakin mampu mencipta kejutan berdasarkan penerimaan baik, termasuk dalam kalangan penyokong PAS sepanjang tempoh berkempen.

Malah katanya, PH mencipta kejayaan  apabila dapat masuk di kawasan gelap PAS  yang selama ini sukar ditembusi Barisan Nasional (BN).

"Sebab Batu Buruk ini memanglah antara kubu kuat PAS. Tapi sepanjang saya berkempen bila kita pergi program lawatan rumah penduduk, kalau dulu kempen dalam 10 buah rumah yang kita pergi hanya tiga sahaja terima, yang lain tutup pintu.

"Tapi sekarang ini penerimaan cukup baik siap ajak masuk dalam rumah. Ini menandakan mereka ini tidak ada masalah dengan kita terutama bila saya merupakan anak tempatan di sini, mereka kenal saya jadi itu salah satu kelebihan untuk saya," katanya. - Getaran, 10 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 5 hari yang lalu

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Maut Di Pelantar Minyak: ‘Hanya Allah Yang Tahu Perasaan Saya Ketika Ini’ - Isteri Mangsa

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Di Pelantar Minyak: PETRONAS Sahkan 3 Maut

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad