web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRN: Janji PAS Naik Taraf LTSIP Tidak Berpijak Di Bumi Nyata - Rafizi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2023 8:38AM

Rafizi Ramli, gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG - Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata tawaran PAS Kelantan untuk menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa jika Perikatan Nasional kekal mentadbir negeri itu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu ini adalah sesuatu yang tidak berpijak di bumi nyata.

Beliau berkata urusan menaik taraf sesebuah lapangan terbang adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan bukan sesuatu yang boleh dijanjikan begitu sahaja oleh sesebuah parti atau kerajaan negeri.

“Kita kena faham soal nak membuka (lapangan terbang), nak bagi hak pendaratan, nak naik taraf jadi lapangan antarabangsa atau serantau, itu semua di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan,” katanya semasa ceramah Jelajah MADANI kawasan Dewan Undangan Negeri Sementa dekat sini malam ini.

Rafizi merujuk kenyataan seorang exco Kelantan baru-baru ini yang dilaporkan berkata langkah menaik taraf LTSIP kepada lapangan terbang antarabangsa akan memudahkan rakyat negeri itu untuk menggunakan penerbangan terus ke destinasi yang ingin dituju tanpa perlu ke Kuala Lumpur terlebih dahulu.

Katanya janji itu ditabur bagi menarik sokongan sempena PRN dan akhirnya akan dijadikan alasan untuk menyalahkan Kerajaan Persekutuan jika ia tidak boleh dilaksanakan PAS sekiranya mereka terus mentadbir Kelantan kelak.

Timbalan Presiden PKR itu juga berkata angka dan dapatan terbaharu yang diperoleh pihaknya menunjukkan pola peralihan sokongan pengundi Melayu kepada Pakatan Harapan dan Barisan Nasional semakin meningkat berbanding pada awal kempen PRN.

Hari pengundian bagi PRN Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan akan berlangsung serentak Sabtu ini. - BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Politik 8 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 7 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad