web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Beri Minyak Hitam Percuma, Calon BN DUN Ladang Didakwa Sogok Pengundi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2023 8:46PM

Pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang, Mohd Hilmi Jusoh (dua dari kiri) membuat laporan polis hari ini terhadap calon BN bagi DUN Ladang. gambar Ana Maria Yusof

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Satu laporan polis dibuat ke atas calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang, Datuk Mohd Sabri Alwi hari ini.

Laporan itu dibuat Mohd Hilmi Jusoh iaitu pengundi di DUN berkenaan, yang mendakwa Mohd Sabri membuat sogokan dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN).

Dakwa Mohd Hilmi, penunggang motosikal di DUN terbabit pada Jumaat lalu diberi minyak hitam secara percuma, menerusi satu program khas yang turut dihadiri Mohd Sabri.

Getaran difahamkan, program itu diadakan di pekarangan Pangsapuri Ladang Gemilang di sini.

Jelas Mohd Hilmi, dia memutuskan untuk membuat laporan polis, selepas merasakan ada ketidakadilan berlaku dalam proses berkempen.

Katanya, dia juga percaya Mohd Sabri telah melanggar peraturan yang digariskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Saya percaya program tukar minyak hitam ini mempunyai unsur rasuah, dan saya juga mendapat tahu penerima minyak hitam ini juga adalah pengundi di kerusi DUN tersebut," katanya kepada media ketika ditemui.

Mohd Hilmi hadir di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Terengganu awal hari ini ditemani beberapa kepimpinan pemuda PAS negeri bagi membuat laporan.

Dia bagaimanapun menafikan laporan polis berkenaan dibuat kerana cenderung menyokong Perikatan Nasional (PN).

"Saya bukan penyokong mana-mana parti, tapi saya membuat laporan berdasarkan hak saya sebagai pengundi. Sebagai pengundi saya rasa perkara ini sangat tidak adil,"  katanya.

Sekyen 8, 9 dan 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR 1954) adalah peruntukan undang-undang yang digunakan bagi menyenaraikan semua bentuk kesalahan rasuah dan salah guna kuasa semasa atau selepas tempoh pilihan raya.

Di bawah Seksyen 10,  perbuatan menawarkan ‘pembelian undi’ sama ada secara langsung atau tidak langsung seperti memberi atau menawarkan wang, hadiah, pekerjaan, atau pinjaman ketika proses pilihan raya adalah satu kesalahan.

Jika sabit kesalahan, pelaku boleh  dipenjara hingga hilang kelayakan sebagai wakil rakyat dan hak mengundi.

Getaran cuba mendapatkan maklum balas daripada Mohd Sabri, namun pegawainya, Zamry Sulong memberitahu, kenyataan mengenai perkara itu hanya akan dibuat esok. - Getaran, 8 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Sahkan Terima Laporan Dakwaan Guna Datuk Seri Palsu

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pengusaha Stesen Minyak Terima Ugutan Diminta Buat Laporan Polis - Saifuddin

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Ugutan Bunuh: Dr Akmal Buat Laporan Polis

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad