web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN: BN-PH Komited Realisasikan Manifesto Di Kelantan – Ahmad Zahid

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2023 6:06PM

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JELI -- Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Kerajaan Perpaduan sangat komited untuk merealisasikan segala tawaran yang terdapat dalam manifesto bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini di Kelantan.

Beliau berkata hal ini kerana segala usaha yang dilakukan itu adalah demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat di negeri itu seperti menghapuskan tunggakan bil air serta memberi potongan sebanyak 50 peratus premium tanah dan caj pecah sempadan.

"Ini adalah aku janji bukan sekadar manifesto. Peluang ini hanya datang sekali dan rakyat Kelantan harus berlapang dada, lupakan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan PAS selama 33 tahun ini.

"Kita buka buku baharu tutup buku lama, cuba kami (BN-PH) sekali dan saya akan memantau prestasi kerajaan baharu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Desa Cerdas KEMAS di Plaza IMT-GT Bukit Bunga di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri itu berharap semua tawaran ini dapat membuka minda pengundi di Kelantan kerana ia turut memberi peluang terbaik kepada mereka.

Sebelum ini, Pengerusi Parti Kerajaan Perpaduan MADANI negeri Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata BN dan Pakatan Harapan (PH) Kelantan menggariskan empat teras utama dengan 34 tawaran yang akan dinikmati oleh pelbagai golongan masyarakat di Kelantan secara menyeluruh dan inklusif sekiranya diberi mandat mentadbir negeri itu pada PRN 12 Ogos ini.

Beliau berkata manifesto PRN yang ditawarkan bukanlah janji kosong tetapi gabungan itu berazam merealisasikannya demi keharmonian rakyat Kelantan. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad