web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRN: Kekal Dan Rampas Strategi BN Tawan 6 Negeri

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2023 9:57PM

Mohamad Hasan - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Barisan Nasional (BN) akan menggunakan strategi ‘kekal dan rampas’ (retain and regain) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri kali ini, dalam usaha memastikan Kerajaan Perpaduan dapat menguasai negeri-negeri terbabit.

Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata mengambil kira ‘mood’ pengundi ketika ini, selain situasi pilihan raya itu sendiri yang berubah-ubah, beliau optimis gabungan BN-PH mampu mengekalkan kemenangan di tiga negeri iaitu Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang, serta merampas Kedah, Terengganu dan Kelantan.

“Mana tahu boleh jadi ‘untung sabut timbul, untung batu tenggelam’. Setiap pilihan raya berbeza-beza ...yang penting kita cuba dan pastikan rakyat dapat menerima dan memberi peluang kepada kita mentadbir Kedah, Kelantan dan Terengganu,” katanya.

Beliau yang merupakan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau berkata demikian selepas Majlis Pemimpin Bersama Masyarakat, di Kuala Sawah di sini hari ini.

Mohamad yang juga Pengarah Pilihan Raya BN, sebelum ini dilaporkan berehat selama tiga hari berikutan dijangkiti virus influenza, namun telah mula turun padang berkempen berjumpa pengundi kawasannya sejak semalam.

Sementara itu mengulas sokongan dan reaksi daripada masyarakat terhadap kempen yang dilakukan oleh gabungan BN-PH sepanjang sembilan hari ini, Mohamad menyifatkannya amat baik dan berharap pengundi rasional dalam membuat keputusan, serta tidak terpengaruh dengan sentimen berkait perkauman serta agama. 

“Jangan ikut sentimen kerana ia memang mudah dipengaruhi, terutamanya berkenaan kaum dan agama. Kesannya amat berbahaya kepada negara berbilang kaum ini,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRN di Kedah, Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan, Selangor, dan Pulau Pinang, serta Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Kuala Terengganu dilaksanakan serentak, dengan hari pengundian pada 12 Ogos manakala pengundian awal pada 8 Ogos. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

2

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Mahkamah Tolak Rayuan BN Untuk Kembalikan Petisyen Pilihan Raya Gua Musang

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kemaman : Keluar Undi Esok, Buat Pilihan Terbaik - Calon BN

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 43 minit yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad