web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sokongan Terhadap PH-BN di Kedah, Kelantan Meningkat – Rafizi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2023 9:36PM

Rafizi Ramli. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI -- Terdapat peningkatan sokongan pengundi Melayu di Kedah dan Kelantan terhadap Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) selepas seminggu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) berlangsung.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli berkata dalam tempoh tujuh hari pertama kempen, sokongan Melayu terhadap gabungan Kerajaan Perpaduan secara purata di Kedah meningkat sebanyak tujuh peratus dan mendakwa setakat ini, lapan kerusi telah berada di dalam tangan mereka.

“Jika kita teruskan momentum daripada minggu pertama ini, saya tak kata kita boleh menang tapi yang diuar-uarkan oleh Perikatan Nasional (PN) mereka akan menang besar sampai 36-0 (di Kedah), saya tak nampak itu akan berlaku malah sebenarnya ia jauh lebih sengit daripada yang disebutkan,” katanya kepada pemberita selepas program Jelajah MADANI di sini hari ini.

Beliau berkata situasi serupa turut berlaku di Kelantan di mana sokongan kepada UMNO mencecah tahap 46 peratus setakat minggu pertama kempen manakala PH pula menyaksikan peningkatan sokongan daripada 10 peratus kepada 35 peratus.

“Ini bermaksud dalam tempoh enam bulan, sokongan Melayu di Kelantan kepada PH telah meningkat tiga kali ganda dan sudah hampir sama dengan sokongan Melayu di Kedah sedangkan selama ini, PH bertanding di Kelantan hilang deposit.

“Jadi sama ada ia mencukupi untuk lepasi 50 peratus, saya rasa ada kerusi yang BN bertanding akan lepasi 50 peratus. Ada juga satu kerusi yang saya ingat PH ada harapan untuk menang dan ada kerusi yang sebelum ini kubu kuat PAS, kalau kita kalahpun kita kalah dalam margin 10 peratus sahaja,” katanya.

Rafizi berkata berdasarkan momentum kempen dan dapatan kaji selidik yang dibuat setiap minggu, PH berada di depan serta bakal menang selesa di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, justeru dakwaan PN kononnya Kerajaan Perpaduan tidak mendapat sokongan Melayu adalah tidak benar sama sekali. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 22 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad