web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Guna Nama Islam Tapi Cerca Dan Maki, Itu Ka Contoh Untuk Anak Muda? - Anwar

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2023 8:18AM

Anwar Ibrahim pada Majlis Taaruf Perpaduan di Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Jitra - gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JITRA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas tindakan pihak tertentu yang menggunakan nama Islam, namun dalam pada masa sama sentiasa mengamalkan sikap mencerca dan memaki hamun terutamanya di pentas politik. 

Menurut Ahli Parlimen Tambun itu, tindakan sedemikian bercanggah dengan seruan dakwah yang menyeru kepada kebaikan. 

Beliau turut mempersoalkan sama ada pihak berkenaan mahu menjadikan tokoh dengan ciri-ciri sedemikian sebagai contoh kepada anak muda.

"Hari-hari saya kena maki, kena taji tetapi tadi saya ke Jeneri (Lokasi Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor bertanding), saya langsung tak singgung dia. Beza tak? 

"Sebab kita dalam politik ini apatah lagi guna nama Islam, kena ada kaedahnya. Saya tak setuju dengan mereka tatapi adakah kita kena berlawan (dalam politik) dengan caci-mencaci, cerca orang setiap hari dan sambut pula dengan 'Allahuakhbar'?

"Jadi keadaan ini bagi saya dah rosak. Walhal dalam dakwah, menyeru kepada kebaikan itu adalah sesuatu yang dituntut dan seruan dakwah ini mestilah dengan hikmah, bukan dengan cercaan," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Taaruf Perpaduan di Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Jitra dekat sini, malam tadi.

Perdana Menteri menambah, pihak yang terlibat sepatutnya menerangkan perancangan mereka tentang apa yang sudah dan hendak dilaksanakan memandangkan Kedah merupakan antara negeri termiskin. 

"Saya 'pi' Jeneri dan orang Jeneri itu (Sanusi) pun hari-hari maki saya bodoh, tak ada moral, penipu... 

"'Kepala bapak' memang amalan dah. Kita nak tunjuk tokoh inikah sebagai contoh kepada anak muda?" soalnya.

Tegas Perdana Menteri, maki hamun di pentas politik bertentangan dengan nilai Islam - gambar Rafisqi Radhi
Tegas Perdana Menteri, maki hamun di pentas politik bertentangan dengan nilai Islam - gambar Rafisqi Radhi

Anwar menambah, Kedah seharusnya dipimpin oleh orang yang bukan hanya tahu memaki orang dan menjerit sebaliknya turut perlu tahu bekerja dan berunding dengan kerajaan Persekutuan. 

"Kita nak kerajaan yang boleh beri sumbangan kerja. Kalau nak bersyarah atau berkeriau, tak payah jadi wakil rakyat. 

"Nak pimpin negeri ini kena ada dasar kerana kerajaan negeri ada bidang kuasa seperti tanah dan kemudian agama yang terletak di bawah Sultan atau Raja. Yang lain itu di bawah Persekutuan, jadi rundinglah elok-elok," katanya. 

Perdana Menteri dalam pada itu turut mengulas mengenai dakwaan Muhammad Sanusi yang mengatakan sudah menulis surat beberapa kali kepadanya, namun tiada pertemuan diatur melibatkan kedua-dua mereka. 

"Beliau dakwa Anwar tak mahu jumpa sedangkan dah tulis dua surat. 'Hang' tulis 20 surat pun aku tak mahu jumpa. Aku peduli apa? 

"Kalau orang hormat kita, kita hormat balik. Mengapa negeri lain seperti Perlis dan Kelantan saya beri termasuk tebatan banjir? Malah di Terengganu juga, apabila berlaku runtuhan di Tasik Kenyir, kita lulus peruntukan segera RM200 juta setelah Menteri Besarnya bercakap dengan baik," katanya. - Getaran, 5 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

PM Arah Lawatan Menteri, Timbalan Ke Luar Negara Dihentikan Sementara

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bangkit Dari Kealpaan, Kecuaian, Kelemahan Jika Mahu Perubahan Sebenar - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Noktah Kemiskinan Tegar, Isu Kewarganegaraan Dibincang Bersama MPN PKR Sabah - Anwar

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Titip Pesanan Kepada Anggota JKDM, JIM Supaya Sentiasa Jaga Disiplin, Integriti

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 15 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad