web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Beri Sokongan Padu, Pastikan Kerajaan Perpaduan Menang - Anwar

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2023 8:21AM

Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Ceramah Jelajah Perpaduan bersama Perdana Menteri malam tadi - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN -- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyeru seluruh rakyat di Negeri Sembilan memberi sokongan kepada calon daripada parti Kerajaan Perpaduan untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Beliau berkata dengan sokongan yang diberikan rakyat kepada kerajaan menerusi PRN, ia akan turut memperkuatkan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan termasuk di negeri ini.

"Mudah-mudahan dengan sokongan semua, kita dapat buat perubahan, saya harap sokongan kepada calon DUN Paroi Norwani (Ahmat)...kemenangan beliau akan memperkuatkan Kerajaan Negeri Perpaduan di negeri ini.

"Rekod Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar negeri ini antara yang baik dan harus diberikan sokongan padu kepada beliau," katanya ketika berucap pada Ceramah Jelajah Perpaduan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paroi di Taman Tuanku Jaafar, di sini, malam tadi.

Anwar Ibrahim beramah mesra bersama pimpinan BN ketika hadir pada Ceramah Jelajah Perpaduan PMX @Labu - gambar BERNAMA
Anwar Ibrahim beramah mesra bersama pimpinan BN ketika hadir pada Ceramah Jelajah Perpaduan PMX @Labu - gambar BERNAMA

Sementara itu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), ketika berucap di Taman Ampangan, dekat sini, berharap gabungan PH-Barisan Nasional (BN) di Negeri Sembilan mampu menang dengan bergaya pada PRN kali ini sekali gus mengekalkan pentadbiran Kerajaaan Perpaduan.

“Bayangkan Anwar sekarang kempen untuk BN...tapi inilah semangat perpaduan tulen di negara kita. Tempat PH pun saya datang kempen, tempat BN pun saya kempen kerana ini semua calon saya,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar sekali lagi mengulangi tekadnya untuk menoktahkan kemiskinan tegar dalam negara meliputi semua lapisan masyarakat pada tahun ini melibatkan kira-kira 136,000 keluarga.

Beliau berkata usaha berkenaan pastinya melibatkan semua jentera kerajaan termasuk kementerian dan agensi selain anggota parti dalam Kerajaan Perpaduan yang perlu digerakkan segera bagi memuktamadkannya.

“Melayu, Cina, India kita mesti tolong semua. Pegawai daerah di semua kawasan tolong beritahu saya kalau ada seorang di daerah kamu (miskin tegar), catat nama dia..kalau ada senarai, Wanita UMNO sila beritahu saya...saya dah bagi ingatan kepada mereka.

“Tahun ini, saya nak pecah rekod, bukan rekod mercu tanda bangunan tertinggi di dunia, bukan jambatan megah, bukan kubu indah...tak guna ada kereta besar, rumah besar tapi kebajikan orang miskin tak ambil tahu. Ahli Parlimen PAS, Bersatu kata tak mungkin tapi saya kata kita kerah seluruh menteri dan jabatan kerajaan (untuk noktahkan kemiskinan),” katanya.

Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Ceramah Jelajah Perpaduan bersama Perdana Menteri di Taman Ampangan malam tadi - gambar BERNAMA
Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Ceramah Jelajah Perpaduan bersama Perdana Menteri di Taman Ampangan malam tadi - gambar BERNAMA

Sementara itu, Anwar, ketika berucap di Bandar Enstek, Labu di Nilai, menyuarakan keyakinannya kemenangan kepada Kerajaan Perpaduan pada PRN kali ini berikutan kebangkitan sokongan yang ditunjukkan rakyat terhadap kerajaan.

"Bagi peluang kita tadbir dengan baik, beri sokongan kepada calon BN dan PH...itu calon kita,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya negeri di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu serta Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Kuala Terengganu diadakan serentak pada 12 Ogos manakala pengundian awal pada 8 Ogos ini. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 21 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

2

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

3

Jelajah 3 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

4

Semasa 4 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad