web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Calon PH Berazam Atasi Masalah Air, Wujud Lebih Banyak Peluang Kerja

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2023 7:51AM

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor, Syed Mohd Alidustur Syed Mohd Zain (dua, kanan) menziarahi pesakit radang otak, Azreen Afiza Azahari yang koma sejak empat bulan lalu di rumahnya di Taman Desa An-Nur Panji dekat Pengkalan Chepa. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR MAS -- Masalah air sering kali dibangkitkan di Kelantan dan menyedari keadaan itu, calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri Chetok melihatnya sebagai satu keperluan mendesak, untuk menyelesaikan masalah itu.

Mohamad Ezzat Zahrim Mohd Hanuzi, 33, berkata keadaan air di negeri itu, menyebabkan majoriti penduduk di kawasan berkenaan bergantung kehidupan harian dengan menggunakan air ‘boring’ (telaga tiub).

Beliau yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), melihat masalah itu tidak mampu diselesaikan pentadbiran kerajaan negeri di bawah pimpinan PAS, yang lebih 30 tahun memerintah Kelantan.

Sehubungan itu, beliau meminta pengundi memberi peluang kepada Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk mentadbir Kelantan pada PRN kali ini.

Mohamad Ezzat yang bakal berhadapan dengan calon PAS Zuraidin Abdullah yang juga penyandang kerusi itu, berkata selain masalah air, isu kemiskinan tegar di kawasan itu juga agak membimbangkan dan perlu dibantu dengan kadar segera.

“Kawasan ini memiliki 29,111 pengundi dan hampir 20 peratus adalah golongan miskin tegar...jika diberikan mandat, saya akan membantu penduduk khususnya golongan miskin tegar untuk keluar daripada ‘kepompong’ mereka,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata ia selaras dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang bertekad untuk menoktahkan kemiskinan tegar di seluruh negara.

Sementara itu Syed Mohd Alidustur Syed Mohd Zain yang bertanding di DUN Panchor berkata kemudahan untuk golongan belia menjadi perhatian beliau, tanpa meminggirkan masyarakat setempat secara keseluruhannya.

“Saya bercadang untuk mewujudkan satu tempat khusus untuk golongan belia atau pusat sehenti di Pengkalan Datu merangkumi kawasan rehat, permainan jetski dan sukan permotoran yang lain,” katanya.

Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kelantan itu berkata selain itu, Pengkalan Chepa yang terkenal sebagai kawasan perindustrian di Kelantan, masih memiliki potensi untuk dinaik taraf menerusi pembukaan lebih banyak kilang.

“Ia bertujuan memberi peluang serta menawarkan peluang pekerjaan kepada golongan belia Kelantan, seterusnya mengurangkan penghijrahan keluar ke negeri lain.

Semua perancangannya itu akan menjadi mudah untuk direalisasi, jika kerajaan negeri selari dengan Kerajaan Persekutuan, katanya yang bakal berdepan cabaran getir menentang penyandang kerusi yang juga Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Abdullah. - BERNAMA

pix: Kontraktor lantikan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sedang melakukan proses penukaran paip lama ke paip baharu di Desa Darul Naim, Kota Bharu, baru-baru ini. gambar BERNAMA

pix 2: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor, Syed Mohd Alidustur Syed Mohd Zain (dua, kanan) menziarahi pesakit radang otak, Azreen Afiza Azahari yang koma sejak empat bulan lalu di rumahnya di Taman Desa An-Nur Panji dekat Pengkalan Chepa. gambar BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

2

Semasa 5 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ibu Temukan Jasad Anak Telah Mereput Dalam Bilik Berkunci

Sorotan

1

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

2

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

3

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

4

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 4 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan