Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


18 Ogos Keputusan Rayuan Petisyen Pilihan Raya Parlimen Segamat

Politik Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2023 8:45PM

Istana Kehakiman - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA -- Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan akan menyampaikan keputusan pada 18 Ogos berhubung rayuan calon Barisan Nasional (BN) Tan Sri M. Ramasamy yang mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Segamat.

Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof yang mengetuai panel itu berkata mahkamah tidak dapat memutuskan rayuan itu hari ini dan menetapkan pada 3 petang, 18 Ogos untuk menyampaikan keputusan.

Panel itu yang turut dianggotai dua lagi hakim iaitu Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim dan Datuk Mary Lim Thiam Suan, mendengar rayuan yang dikemukakan Ramasamy terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang menolak petisyennya.

Hakim mendengar hujah daripada peguam Ramasamy, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, peguam Lau Yi Leong mewakili Ahli Parlimen Segamat R. Yuneswaran dan Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan yang mewakili pegawai pengurus pilihan raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Muhammad Shafee berhujah bahawa petisyen Ramasamy yang difailkan untuk mencabar kemenangan Yuneswaran bagi kerusi Parlimen Segamat pada PRU15, perlu dikembalikan ke Mahkamah Pilihan Raya untuk perbicaraan penuh bagi membolehkan saksi memberi keterangan berhubung dakwaan niat rasuah oleh Yuneswaran, yang merupakan calon Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata dakwaan bahawa makanan yang diberikan di sebuah tokong Cina dengan niat rasuah untuk mempengaruhi pengundi untuk mengundi responden pertama (Yuneswaran) menimbulkan kes prima facie bagi kesalahan di bawah Seksyen 8 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Muhammad Shafee berhujah petisyen itu tidak cacat dan tidak sepatutnya dibatalkan atas bantahan awal. Beliau juga menegaskan Ramasamy mematuhi kehendak Peraturan 4(1)(b) dan (4) Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954 dengan memasukkan fakta material yang mencukupi untuk menyokong kesnya.

Beliau berkata terdapat juga ketidakpatuhan kepada keperluan Akta Kesalahan Pilihan Raya apabila Borang A pada sumpah kerahsiaan tidak ditandatangani oleh wakil Yuneswaran di hadapan pegawai pengurus pilihan raya dan Borang A itu telah ditandatangani terlebih dahulu oleh pegawai pengurus pilihan raya.

Pada 3 April lepas, Hakim Mahkamah Pilihan Raya Mohd Radzi Abdul Hamid menolak petisyen pilihan raya Ramasamy selepas menerima bantahan awal yang dikemukakan responden (Yuneswaran, pegawai pengurus pilihan raya dan SPR) bahawa petisyennya (Ramasamy) cacat kerana gagal mematuhi kehendak Akta Kesalahan Pilihan Raya dan Peraturan Petisyen Pilihan Raya.

Pada PRU15 yang diadakan pada November tahun lepas, Yuneswaran memenangi kerusi itu dengan majoriti 5,669 undi dan diisytiharkan sebagai Ahli Parlimen yang dipilih bagi kawasan itu mengalahkan Ramasamy, P. Poobalan daripada Perikatan Nasional dan Syed Hairoul Faizey daripada Pejuang.

Ramasamy, yang merupakan bendahari MIC, bertanding sebagai calon BN.

Dalam petisyennya, Ramasamy antara lain memohon pengisytiharan bahawa pilihan raya bagi kawasan Parlimen Segamat adalah terbatal dan pengisytiharan bahawa Yuneswaran tidak dipilih sebagai Ahli Parlimen.

Beliau menamakan Yuneswaran, pegawai pengurus pilihan raya dan SPR sebagai responden.

Dalam prosiding itu, peguam Yuneswaran, Lau Yi Leong menggesa mahkamah untuk mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya dengan mengatakan bahawa petisyen Ramasamy mengandungi fakta material yang tidak mencukupi berkaitan niat rasuah oleh anak guamnya, identiti penganjur acara itu, ejen Yuneswaran, penerima makanan serta ucapan yang didakwa disampaikan oleh Yuneswaran.

Beliau berkata ini merupakan ketidakpatuhan kepada Peraturan 4(1)(b) dan 4(4) Peraturan Petisyen Pilihan Raya, sambil menambah bahawa adalah wajib bagi Ramasamy untuk menyediakan fakta material yang mencukupi untuk mengekalkan dakwaannya, dan kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan petisyen itu cacat.- BERNAMA

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bunuh Majikan Hamil: Hukuman Mati Pekerja Resort Diganti Penjara 38 Tahun

Sukan 1 hari yang lalu

Sze Fei-Nur Izzuddin Bawa Malaysia Ke Separuh Akhir Piala Thomas Selepas 8 Tahun

Semasa 1 hari yang lalu

Kerjasama Awam-Swasta Bakal Bantu Selesaikan Isu Kekurangan Jururawat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tolak Saman Pegawai Khas Bekas AG Terhadap Rewcastle-Brown