web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sebar Video Manipulasi Titah Sultan Nazrin: PKR Perak Mahu Tindakan Tegas

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2023 4:45PM

Ketua Penerangan PKR Perak, Mohd Noorazam Shah Ahmad Afandi bercakap dengan media selepas membuat laporan polis - gambar Facebook Azam Afandi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak meminta pihak polis mengambil tindakan tegas, terhadap individu yang memuat naik olahan satu klip video mengaitkan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, untuk digunakan sebagai bahan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ketua Penerangannya Mohd Noorazam Shah Ahmad Afandi berkata tindakan tegas itu perlu, kerana perbuatan itu disifatkan mencemar nama baik Sultan Nazrin dan institusi diraja Perak, bagi meraih sokongan pengundi khususnya kepada Perikatan Nasional (PN).

“Isu 3R (agama, raja dan kaum) ini telah kerap kali dimainkan oleh PN, di mana kita lihat di Selangor sebelum ini juga Sultan Selangor turut diheret sama, dalam perkara melibatkan politik kepartian.

“Mereka langsung tidak mempunyai sensitiviti, malah sanggup menggunakan apa jua subjek asalkan memberi impak kepada publisiti politik murahan mereka,” katanya ketika ditemui media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perak di sini, hari ini.

Terdahulu, tular klip video berdurasi dua minit 50 saat, yang memetik satu bahagian kecil titah baginda pada 2013 yang menyentuh tentang parti berkenaan.

Petikan video itu, merupakan potongan rakaman titah Sultan Nazrin sempena Wacana Perpaduan Ummah, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Kuala Lumpur pada 19 Februari 2013.

Sementara itu, Mohd Noorazam Shah berkata pihak pembangkang seharusnya lebih profesional dan menggunakan kaedah yang lebih pragmatik, dalam menarik sokongan para pengundi.

Beliau berkata pihaknya akan terus menjunjung taat setia serta menghormati institusi diraja, selain tidak akan sesekali mengeksploitasi perkara berkenaan untuk kepentingan parti.

“Kita menentang sekeras-kerasnya tindakan dan cubaan mengeksploitasikan pihak istana. Perkara seumpama ini perlu dihentikan serta merta tanpa sebarang alasan,” katanya.

Semalam, Pejabat Sultan Perak dalam satu kenyataan memaklumkan telah membuat laporan polis pada Sabtu, selepas seorang wanita memuat naik satu klip video itu yang dikatakan bagi tujuan meraih kepentingan politik.

Ketua Polis Perak  Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri pula mengesahkan telah menerima 20 laporan berhubung penularan video berkenaan. - BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 5 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan