web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Populariti Tak Cukup Jika Tiada Bawa Manfaat Kepada Rakyat

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2023 3:07PM

Calon Barisan Nasional bagi Dewan Undangan Negeri Jeneri, Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim bersama penyokongnya selepas proses penamaan calon di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Negeri di Pejabat Daerah dan Tanah Sik pada 29 Julai lalu. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SIK -- Tiada gunanya jika seseorang pemimpin itu popular tetapi tidak membawa sebarang pembangunan dan inisiatif yang memberi manfaat kepada rakyat di kawasan diwakilinya dan juga negeri.

Demikian pendapat dilontarkan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim terhadap populariti lawannya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah, iaitu Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

“Populariti dia (Muhammad Sanusi) ini adalah satu benda yang dianggap sudah dirancang kerana gelombang golongan muda yang terlampau taksub kepada media sosial. Hakikatnya populariti yang dicipta itu tidak mendatangkan apa-apa keuntungan kepada rakyat di Sik terutamanya di Jeneri.

“Bolehkah dia tunjuk kepada kita sepanjang tiga tahun setengah dia menjadi Menteri Besar, apa yang dia sudah buat di Sik? Sedangkan dalam sektor pendidikan sekalipun kita dalam daerah Sik ini adalah antara yang tercorot di Malaysia,” katanya ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

Beliau berkata sebagai seorang pemimpin Muhammad Sanusi seharusnya lebih mengutamakan kepentingan rakyat dan bukannya mengejar populariti untuk agenda peribadi.

Muhamad Khizri turut mempersoalkan usaha yang dilakukan khususnya bagi golongan muda, petani, nelayan dan pekebun kecil getah, di saat Kedah ketika ini berstatus sebagai negeri kedua termiskin di Malaysia.

Ketua UMNO Bahagian Sik itu beranggapan biarlah seseorang pemimpin itu tidak begitu popular namun mampu mengotakan apa yang dijanji dan memberi kesan kepada rakyat dan negeri.

Katanya, beliau yakin pengundi di negeri ini dapat melihat sendiri inisiatif-inisiatif yang dicetuskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan Perpaduan yang mula membuahkan hasil positif.

Justeru, beliau percaya sokongan rakyat di Kedah sudah mula berubah ditambah dengan kerjasama yang dijalinkan oleh BN dan Pakatan Harapan (PH) dan tidak mustahil beliau mampu mengejutkan Muhammad Sanusi pada hari pengundian, 12 Ogos ini.

Kerusi DUN Jeneri menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Muhamad Khizri dan Muhammad Sanusi yang juga penyandang.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Muhammad Sanusi menang dengan majoriti 2,455 selepas memperoleh 10,626 undi menewaskan calon BN Mahadzir Abdul Hamid dan Mohd Nazri Abu Hassan dari PH. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

2

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

3

Politik 2 tahun yang lalu

DUN Kelantan Lulus Usul Gubal Semula Kesalahan Syariah Diisytihar Batal, Tidak Sah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Istiadat Penghormatan Negeri, Pengebumian Abdul Taib Hari Ini

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad