web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


71 Calon Wanita Bertanding Pada PRN

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2023 8:36PM

Sharifah Haslizah Syed Ariffin (kiri), Melanie Ting dan Sasha Lyna Abdul Latif antara calon wanita pada PRN kali ini - gambar Azlan Hadi Abu Bakar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Seramai 71 calon wanita disahkan layak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri kali ini yang menyaksikan sebanyak 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan.

Pakatan Harapan (PH) meletakkan 26 calon wanita daripada 138 calon parti itu manakala Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan 12 calon wanita daripada 108 calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Gabungan parti dalam Perikatan Nasional (PN) pula meletakkan 19 calon wanita daripada 245 calon, sementara Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang membuat keputusan bergerak sendiri pada PRN kali ini mengetengahkan 10 calon wanita daripada 19 calonnya.

Parti Rakyat Malaysia (PRM) turut mempertaruhkan dua calon wanita manakala Parti Sosialis Malaysia (seorang) dan Bebas (seorang).

Calon wanita bagi PRN kali ini juga terdiri daripada pelbagai latar belakang serta memegang jawatan penting dalam parti masing-masing.

Melanie Ting Yi-Hlin, 23, iaitu calon wanita termuda pada PRN kali ini merupakan Ketua Turus Penerangan MUDA dipertaruhkan MUDA untuk bertanding di DUN Bukit Antarabangsa.

Turut mencuri tumpuan ialah bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Ketua Srikandi Bersatu Datuk Seri Rina Mohd Harun yang bertanding di kerusi DUN Batu Tiga, ditentang calon MUDA Saiyidah Izzati Nur Razak Maideen dan Danial Al-Rashid Haron Aminar Rashid (PH-Amanah).

SPR menetapkan PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah serta PRK Parlimen Kuala Terengganu dilaksanakan serentak dengan hari pengundian pada 12 Ogos manakala pengundian awal pada 8 Ogos. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Langgar Syarat Berpakaian, Wanita Tak Puas Hati Dihalang Masuk Hospital

2

Semasa 1 tahun yang lalu

SPM Ulangan 2024 Rekod 8,195 Calon

3

Politik 2 tahun yang lalu

Pengundi Semakin Bijak, Sudah Cekap Lihat Warna Sebenar Ahli Politik - Aktivis

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik