web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Beza Ideologi Bukan Alasan Untuk Bermusuh, 2 Sepupu Kekal Akrab 

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2023 3:51PM

Rafidy Abdul Rani (kiri) dan sepupunya, Mohd Rafk Shaffik ceria walaupun menyokong parti berbeza - gambar Qurnisha Hamka

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GOMBAK -- Perbezaan ideologi politik tidak menghalang dua sepupu meneruskan hubungan baik yang terjalin sedari kecil, walaupun sedar mereka bakal ‘terpisah’ kerana berada dalam kem berlainan. 

Enggan membiarkan silaturrahim terputus hanya kerana menyokong calon berbeza, Rafidy Abdul Rani, 48 dan Mohd Rafik Shaffik, 53 memutuskan untuk bersama-sama menghadiri penamaan calon pagi tadi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sg Pusu, di sini. 

Kedua-duanya hadir bersama keluarga masing-masing untuk menzahirkan sokongan kepada parti Perikatan Nasional (PN) dan Kerajaan Perpaduan pagi ini.  

Mereka dilihat jalan bergandingan masuk ke perkarangan padang sekolah dan duduk bersebelahan bersama penyokong parti masing-masing. 

Rafik ketika ditemui Getaran berkata, perbezaan ideologi politik tidak seharusnya dijadikan sebab untuk saling bertelingkah. 

Afdlin Shauki tetap hadir bagi menyatakan sokongan walaupun terpaksa bertongkat - gambar Qurnisha Hamka
Afdlin Shauki tetap hadir bagi menyatakan sokongan walaupun terpaksa bertongkat - gambar Qurnisha Hamka

"Keluarga tetap keluarga, politik cerita politik. Kami tak ada masalah, ideologi masing-masing meskipun berbeza, tidak akan sekali-kali memutuskan hubungan keluarga ini," katanya, yang merupakan penyokong tegar Pakatan Harapan (PH).  

Di sebalik laungan slogan dan 'perang mulut' antara penyokong dua parti, keluarga ini dilihat tetap ceria dan gembira merakamkan foto untuk kenangan, tanpa terganggu dengan ‘keriuhan’ yang wujud. 

Rafidy, seorang peniaga pula menambah, kegigihan mereka untuk hadir seawal mungkin di pusat penamaan calon adalah bukti bahawa kedua-duanya tidak mahu ketinggalan dalam menikmati bahang pilihan raya. 

Penyokong tegar Perikatan Nasional (PN) iaitu komponen Kerajaan Perpaduan itu berkata, sokongannya pasti menjadi milik calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham. 

"Saya sudah pasti menyokong Muhammad Hilman dari BERSATU. Semoga kemenangan berada di pihak beliau.  

"Walaupun saya dah Rafik menyokong calon yang berbeza, kami hanya setakat berbeza ideologi politik, tak ada gaduh-gaduh. Dekat rumah kami okay sahaja, malah sekarang pun kami baik, " jelasnya. 

Selain daripada mereka, kehadiran pengarah dan pelakon Datuk Afdlin Shauki Aksan turut menarik perhatian penyokong. 

Kegigihan Afdlin walaupun dalam keadaan bertongkat jelas membuktikan pembabitannya dalam politik bukan hanya untuk mengejar populariti. 

Beliau hadir di perkarangan SMK Sg Pusu bagi menyokong barisan calon Pakatan Harapan (PH) dan BN.  

"Kami datang dengan kasih sayang, 100 peratus, 100 menyokong calon PH dan BN.  

"Tiada harapan lain melainkan ingin melihat kemenangan berpihak kepada kita. Insya Allah,” katanya. 

Datuk Seri Amirudin Shari yang bertanding di DUN Sungai Tua memberi isyarat bagus - gambar Mohd Hazli Hassan
Datuk Seri Amirudin Shari yang bertanding di DUN Sungai Tua memberi isyarat bagus - gambar Mohd Hazli Hassan

Tinjauan Getaran di sekitar SMK Sg Pusu mendapati, sekitar 5,000 penyokong dari kedua-dua belah pihak hadir menyatakan sokongan. 

Parlimen Gombak terdiri daripada tiga DUN iaitu Gombak Setia, Sungai Tua dan Hulu Kelang. 

Proses penamaan calon yang berlangsung hari ini menandakan tempoh berkempen selama 14 hari untuk enam Pilihan Raya Negeri (PRN) dan satu Pilihan Raya Kecil (PRK) telah bermula, sebelum tamat pada jam 11.59 malam, 11 Ogos nanti. 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan proses pengundian awal akan  berlangsung pada 8 Ogos manakala 12 Ogos adalah hari mengundi.  

PRN kali ini melibatkan 245 kerusi DUN dengan perbelanjaan sebanyak RM240 juta. - Getaran, 29 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Petisyen Pilihan Raya 4 Kerusi Dikemukakan Dalam Masa Terdekat - MB Selangor

2

Politik 2 tahun yang lalu

Keputusan, Penyata Pengundian PRN, PRK Kuala Terengganu Sudah Diwartakan - SPR

3

Politik 2 tahun yang lalu

Sabar, Istiqamah Jalankan Tugas Sementara Tunggu 'Post Mortem' PRN - Fahmi

4

Politik 2 tahun yang lalu

Bakal Menghadap Sultan Petang Ini, Amirudin Kekal MB Selangor?

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 4 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad