web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


6 PRN, 1 PRK Bermula Hari Ini, Pusat Penamaan Dibuka 9 Pagi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2023 8:09AM

Dua petugas PRN bagi kerusi DUN Lembah Jaya melakukan persiapan akhir di Dewan Dato' Ahmad Razali, Ampang - gambar Azlan Hadi Abu Bakar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR — Enam Pilihan Raya Negeri (PRN) dan satu Pilihan Raya Kecil (PRK) bermula secara rasmi hari ini, sebaik sahaja pusat penamaan calon di 173 lokasi dibuka pada jam 9 pagi tadi.

Ia melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

PRK bagi Parlimen Kuala Terengganu diadakan selepas kemenangan diraih calon PAS, Datuk Ahmad Amzad Hashim menerusi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dibatalkan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 27 Jun lalu.

Bendera parti mula dipasang di sekitar kawasan Ampang - gambar Azlan Hadi Abu Bakar
Bendera parti mula dipasang di sekitar kawasan Ampang - gambar Azlan Hadi Abu Bakar

Penamaan calon hari ini juga menandakan bermulanya tempoh berkempen selama 14 hari sehingga jam 11.59 malam, 11 Ogos depan.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kesemua calon Bebas dan yang mewakili Parti yang bertanding diberi tempoh sehingga jam 10 pagi hari ini untuk menyerahkan borang pencalonan masing-masing kepada Pegawai Pengurus di pusat ditetapkan.

Setakat jam 7.30 pagi ini, tinjauan Getaran di beberapa kerusi panas di Selangor mendapati keadaan masih terkawal walaupun ada kumpulan yang sudah memulakan aktiviti seawal jam 5 pagi tadi.

Suasana di Parlimen Gombak masih tenang setakat jam 7.30 pagi tadi - gambar Mohd Hazli Hassan
Suasana di Parlimen Gombak masih tenang setakat jam 7.30 pagi tadi - gambar Mohd Hazli Hassan

Penyokong Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Parlimen Gombak misalnya mula berhimpun seawal jam 5.40 pagi di Masjid As-Shariff, Simpang Tiga, Gombak.

Aktiviti mereka diteruskan dengan menunaikan solat Subuh, solat Hajat dan Munajat secara berjemaah, sebelum bersarapan pada jam 6.45 pagi.

Jurucakap PN dalam satu hebahan malam tadi memberitahu, Pengerusi blok itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, calon bagi kerusi DUN Sungai Tua, Gombak Setia dan Hulu Kelang serta beberapa tetamu kenamaan lain dijadualkan tiba ditetapkan iaitu di Lemang Lerek di Greenwood pada jam 7.30 pagi.

“Perarakan ke Pusat Penamaan Calon dijadualkan bermula pada jam 8 pagi,” katanya.

Parlimen Gombak dijangka hangat kerana memiliki sekurang-kurangnya dua kerusi panas iaitu DUN Sungai Tua dan Hulu Kelang.

Petugas media sabar menunggu sejak awal pagi di Parlimen Gombak - gambar Mohd Hazli Hassan
Petugas media sabar menunggu sejak awal pagi di Parlimen Gombak - gambar Mohd Hazli Hassan

DUN Sungai Tua menyaksikan kehadiran mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang bakal mempertahan kerusi dimenanginya sejak 2018 itu.

DUN Hulu Kelang pula akan membariskan Setiausaha Politik Amirudin, Juwairiya Zulkifli.

Beliau bakal dicabar seorang lagi mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menurut statistik SPR, Kelantan yang memiliki 45 kerusi dibubarkan pada 22 Jun, diikuti 56 kerusi DUN Selangor keesokannya.

Pulau Pinang dengan 40 kerusi DUN, Kedah (36 DUN) dan Terengganu (23 DUN) dibubarkan pada hari sama iaitu  28 Jun.

Negeri Sembilan (36 DUN) ialah negeri terakhir dibubarkan iaitu pada 1 Julai lalu. — Getaran, 29 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

PRK DUN Nenggiri Buka Tirai Hari Ini

2

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kuala Kubu Bharu Bermula Secara Rasmi

3

Politik 2 tahun yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

4

Politik 2 tahun yang lalu

Satu Lawan Satu Di PRK Kemaman

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 19 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 11 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad