web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN: Kempen Politik Harus Bebas Perbuatan Cerca, Hina Orang Lain - PM

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2023 9:47AM

Anwar Ibrahim - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan masyarakat supaya tidak terikut dan terpengaruh dengan kempen mencerca dan memaki hamun orang lain sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata bibit-bibit ke arah perjalanan kempen tanpa adab dan nilai murni sudah mula dilihat dengan beliau sendiri menjadi bahan cercaan oleh setiap pemimpin pembangkang, termasuk oleh mereka yang mendakwa mewakili parti berteraskan Islam.

Anwar berkata tindakan memaki hamun beliau atau mana-mana pimpinan parti politik dalam Kerajaan Perpaduan tidak akan memberi kesan terhadap usaha membantu rakyat dan memajukan negara sebaliknya perlakuan negatif itu akan dinilai, seterusnya dihukum rakyat dalam PRN di enam negeri pada 12 Ogos ini.

"Pilihan raya ini bukan medan untuk memaki orang tetapi medan untuk kita menerangkan mengenai perancangan ekonomi dan hal berkaitan kepentingan rakyat.

Apa yang kita nampak keadaan menjelang PRN ini mula tajam dan hangat dengan tiada lagi batas adab, nilai murni sebaliknya penuh dengan maki hamun terutamanya kepada saya selaku Perdana Menteri," katanya ketika berucap pada majlis “Kita Hulu Klang Bersama PMX” di padang Rumah Pangsa PKNS AU2, Taman Keramat dekat sini hari semalam.

Anwar berkata beliau akur dengan dirinya yang sentiasa dijadikan bahan kempen pembangkang namun, keadaan dan cara kempen parti lawan, khususnya daripada parti yang  berteraskan Islam ketika ini amat jauh berbeza berbanding semasa dipimpin oleh Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga Allahyarham Datuk Fadzil Noor.

Sehubungan itu, beliau mahu seluruh rakyat Selangor memberikan sokongan kepada mana-mana calon daripada PH atau Barisan Nasional (BN) yang diketengahkan Kerajaan Perpaduan dalam PRN ini sebagai isyarat kepada pembangkang bahawa rakyat menolak cara berpolitik yang tidak menguntungkan negara itu.

"Dengan sokongan dan dukungan penduduk Hulu Klang serta seluruh rakyat Selangor, kita harus bagi mesej jelas kepada pembangkang yang perbuatan mencerca dan memaki hamun lawan bukan lagi pilihan.

Sebaliknya kita buktikan hanya kerajaan yang sedaya upaya berusaha meningkat upaya rakyat sebagaimana Kerajaan Selangor diberi sokongan dan dipilih walau siapapun calon yang pimpinan pilih," katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengulangi komitmen dan tekad membebaskan negara dari belenggu rasuah dengan tidak berkompromi walau siapa pun pelakunya.

Anwar berkata walaupun pembangkang menuduhnya dengan pelbagai dakwaan negatif namun apabila dicabar mereka tidak dapat menunjukkan bukti yang beliau dan kerajaan menyalahgunakan kedudukan untuk kepentingan sendiri.

"Alhamdulillah, selepas tujuh bulan pentadbiran Kerajaan Perpaduan, tiada satu kes rasuah melibatkan menteri Kabinet dilaporkan dan ini disahkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan, antaranya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 23 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 6 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 16 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja