web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Prinsip Perundangan Perlu Dihormati, Terpakai Untuk Semua Lapisan Rakyat - Mujahid

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2023 9:00AM

Dr Mujahid Yusof Rawa - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Undang-undang yang terbentuk serta diwujudkan di Malaysia perlu dihormati, dan ia terpakai untuk semua rakyat tanpa mengira status.

Naib Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, prinsip perundangan negara juga memberikan hak kepada pihak yang didakwa untuk mendapatkan pembelaan.

Menurut beliau, sebarang perkara atau percakapan perlu diperhalusi agar ia tidak melampaui batas ditetapkan.

“Ini termasuk membuat andaian liar yang boleh menjejaskan perjalanan proses perundangan.

“Adab Islam dalam hal ini ialah memastikan proses undang-undang tertegak mengikut prinsip keadilannya,” katanya.

Mujahid menyatakan demikian sebagai mengulas pendakwaan dikenakan ke atas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Selasa lalu kerana mengeluarkan kenyataan yang mempunyai elemen menghasut.

Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu pada 11 Julai lalu menerusi satu ceramah, didakwa memperlekehkan Institusi Diraja Selangor yang bertanggungjawab dalam pemilihan Menteri Besar.

Sanusi selepas itu ada mengirim permohonan ampun kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah namun ia dilihat gagal membuahkan hasil diharapkan.

Ia susulan titah baginda bahawa perkara itu masih belum selesai.

Sanusi bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan dikenakan ke atasnya di Mahkamah Sesyen Selayang itu.

Muhammad Sanusi tidak mengaku salah atas dua pendakwaan dikenakan ke atasnya - gambar fail
Muhammad Sanusi tidak mengaku salah atas dua pendakwaan dikenakan ke atasnya - gambar fail

Mujahid mengulas lanjut, aktviti berpolitik seharusnya turut mengambil kira prinsip berakhlak tanpa mengira kedudukan.

“Akhlak berpolitik seperti tidak hormat undang-undang, berucap menghina seseorang, institusi, mana-mana kaum atau agama adalah dilarang oleh Islam kerana ia membawa kepada kebencian, permusuhan dan menimbulkan krisis kepercayaan dalam masyarakat.

“Undang-undang negara juga menetapkan kepentingan memelihara keamanan dan hubungan sesama rakyat melalui institusi kehakiman,” katanya.

Tegas Pengerusi Nadwah Ulamak (NUNJI) itu, pengikut dan penyokong perlu berpegang kepada adab akhlak dan tidak melakukan perkara yang menyalahi semua prinsip tersebut.

“Ia termasuk jangan menyebarkan kebencian, permusuhan atau menyerang secara membuta-tuli Institusi Beraja dan lain-lain institusi penting yang menjamin keamanan untuk kepentingan semua pihak.

“Janganlah kita menjadi masyarakat yang menghina undang-undang, menghina institusi beraja, menghina sesama kaum dan menimbulkan kebencian agama serta memecahbelahkan kaum muslimin dalam kita membuat komen ataupun melahirkan sokongan kita dalam isu-isu politik yang panas ketika ini,” katanya. - Getaran, 20 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Kerajaan Negeri Tiada Kaitan Cadangan MoF Lelong Perkampungan Tok Senik

2

Politik 2 tahun yang lalu

Cabaran Besar Buat PN Untuk Pertahan Sungai Bakap - Sanusi

3

Sukan 2 tahun yang lalu

KDA FC Sudah Terima RM16 Juta Dari KFA Sejak Ditubuhkan - Sanusi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kedah Agro Tamat Operasi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar