web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN: UMNO Kedah Tampil 30 Peratus Muka Baharu - Mahdzir

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2023 9:12PM

Mahfuz Omar (kiri) dan Mahdzir Khalid pada sidang media hari ini

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR — UMNO Kedah bakal menampilkan lebih 30 peratus muka baharu untuk digandingkan bersama barisan calon berpengalaman dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pemilihan calon dibuat dengan mengambil kira semua faktor, termasuk penerimaan rakyat terhadap calon yang dipilih.

"Lebih 30 peratus calon ditampilkan UMNO kali ini merupakan muka baharu yang akan digandingkan dengan calon berpengalaman. Kita sudah serahkan tiga nama dari setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada kepimpinan Pusat dan terpulang untuk mereka membuat penilaian.

"Antara faktor terpenting yang dinilai adalah penerimaan rakyat kepada personaliti itu. Kalau rakyat suka dan parti pun suka, insya Allah kita boleh mencapai kemenangan,” katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam sidang media di Bangunan Tunku di Alor Setar, hari ini.

Tambah Mahdzir, jumlah itu melebihi kuota pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu dan tidak lagi tertakluk kepada faktor senioriti atau jawatan dalam parti.

“Tidak mustahil calon kitar semula akan turut memeriahkan saingan PRN. Kita tidak menolak asalkan ia berpotensi memberi kemenangan kepada gabungan BN-PH,” katanya.

Mengulas mengenai pertindihan satu kerusi DUN dengan Pakatan Harapan (PH) yang dikatakan berlaku sebelum ini, beliau berkata, perkara itu dianggap sudah selesai selepas diserahkan kepada kepimpinan kedua-dua gabungan di peringkat Pusat untuk diputuskan.

"Sekarang ini segalanya sudah bersedia dan kita hanya tunggu pengumuman calon saja. Esok baru kita tahu bila senarai nama calon itu akan diumumkan," katanya.

Dalam perkembangan lain, mantan Menteri Besar Kedah itu berkata, contengan dibuat ke atas beberapa papan iklan yang memaparkan wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim jelas bermotif politik.

Papan tanda memaparkan wajah PM yang diconteng
Papan tanda memaparkan wajah PM yang diconteng

Katanya, kelakuan ekstrem seperti itu tidak seharusnya berlaku.

"Kalau kita tak suka pun, sentiasa ada had yang tidak boleh dilanggar. Sebab itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkali-kali mengingatkan mengenai kenyataan 3R yang merujuk agama, kaum dan institusi raja agar tiada pihak yang melangkaui batas.

"Kita takkan aman kalau bawa politik melampau sebaliknya perlu sentiasa bersikap rasional. Semua ini perlu bermula dengan kepimpinan tetapi kadang-kadang ada pemimpin buat kenyataan yang berbentuk menghasut.

Jelas Mahdzir, kebencian dalam politik perlu ada hadnya agar tidak membawa kemusnahan kepada negara.

"Maka jangan salahkan pihak berkuasa kalau buat siasatan bawah Akta Hasutan. Nak buat kerja menconteng bagi tunjukkan sikap ekstrem ini sudah tak boleh diterima kerana kita kini berada pada 2023 di mana orang semua bercakap tentang kecerdasan buatan (AI) dan dunia digital tetapi kita masih lagi nak bawa politik melampau," katanya.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh sebelum ini dipetik sebagai berkata, pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan terhadap insiden tersebut.

Kes itu katanya, disiasat mengikut Seksyen 423 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Ia dipercayai berlaku di sekitar Kubang Pasu dan Kulim.

Sementara itu Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar mendesak agar polis segera mengambil tindakan kepada pelaku.

"Ini satu perbuatan khianat yang tak boleh dibiarkan. Takkanlah kita nak ulang semula politik era 60-an atau 70-an pada zaman ini?

"Sepatutnya kita mengamalkan politik matang serta saling menghormati antara satu sama lain. Pihak polis harus segera menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pelakunya," katanya. - Getaran, 13 Julai 2023


 

Berita Berkaitan

1

Jelajah 2 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

2

Semasa 4 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Semasa 4 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Ejen Hartanah Tikam Leher Wanita Diperintah Jalani Penilaian Psikiatri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad