web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PKR Kelantan Bertanding 7 Kerusi DUN

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2023 5:59PM

Syed Mohd Alidustur Syed Mohd Zain berkata tujuh kerusi berkenaan ialah DUN Panchor, Chetok, Mengkebang, Pasir Pekan, Kota Lama, Pasir Tumboh dan Limbongan - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - PKR akan bertanding di tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan pada 12 Ogos depan.

Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kelantan Syed Mohd Alidustur Syed Mohd Zain berkata tujuh kerusi berkenaan ialah DUN Panchor, Chetok, Mengkebang, Pasir Pekan, Kota Lama, Pasir Tumboh dan Limbongan. 

"PKR Kelantan telah diarahkan untuk membuka Bilik Gerakan Utama (BGU) di ketujuh-tujuh DUN yang akan kita tandingi itu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Jentera dan BGU DUN Panchor, di sini malam tadi.

Syed Mohd Alidustur yang juga Ketua Cabang PKR Pengkalan Chepa berkata pihaknya akan memberi sokongan sepenuhnya kepada calon-calon dari parti komponen Kerajaan Perpaduan meskipun di kawasan DUN yang tiada calon PKR bertanding.

Sebelum ini, Ketua Penerangan UMNO Kelantan Datuk Zawawi Othman berkata BN akan bertanding di 31 kerusi DUN, manakala 14 kerusi diberikan kepada Pakatan Harapan (PH) yang merangkumi PKR dan Amanah.

PRN di Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu akan dijalankan serentak dengan 12 Ogos ditetapkan sebagai tarikh pengundian, manakala tarikh penamaan calon pada 29 Julai dan pengundian awal 8 Ogos.

Sementara itu, Pengerusi Amanah Kelantan Muhammad Husain ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya sudah dimaklumkan oleh PH Pusat bahawa Amanah akan bertanding di enam daripada tujuh kerusi DUN yang diminta parti berkenaan.

Muhammad yang juga Pengerusi PH Kelantan berkata enam kerusi berkenaan ialah DUN Tawang, Demit, Kadok, Pengkalan Pasir, Bukit Panau dan Tanjong Mas.

Beliau berkata satu lagi kerusi DUN masih menunggu keputusan pimpinan PH Pusat.

“Amanah sudah mengenal pasti calon yang layak untuk diletakkan di DUN terbabit. Calon melibatkan pelbagai latar belakang seperti ahli perniagaan, peguam dan pesara guru,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Penerangan UMNO Kelantan Datuk Zawawi Othman berkata Barisan Nasional (BN) akan bertanding di 31 kerusi DUN, manakala 14 kerusi diberikan kepada PH yang merangkumi PKR dan Amanah.

Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kelantan Syed Mohd Alidustur Syed Mohd Zain turut mengesahkan PKR akan bertanding di tujuh kerusi DUN pada PRN, 12 Ogos depan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 21 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad