web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tiada Isu Pembahagian Kerusi PH Dan BN Di Pulau Pinang

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2023 12:08PM

Chow Kon Yeow berkata beberapa rundingan yang dijalankan di antara kedua-dua parti itu telah mencapai keputusan yang baik malah turut berjaya mencapai beberapa persetujuan bersama bagi memastikan dapat mempertahankan Pulau Pinang - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Tiada isu atau masalah berhubung pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kalangan parti gabungan Kerajaan Perpaduan iaitu Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung pada 12 Ogos ini.

Pengerusi PH Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata beberapa rundingan yang dijalankan di antara kedua-dua parti itu telah mencapai keputusan yang baik malah turut berjaya mencapai beberapa persetujuan bersama bagi memastikan dapat mempertahankan Pulau Pinang.

"Proses rundingan bermula di negeri ini dan kami telah mengadakan beberapa pertemuan bagi membincangkan pembahagian kerusi, sehingga dua tiga minggu lepas hanya satu kerusi DUN Pulau Pinang masih belum mencapai persetujuan manakala yang lain telah dipersetujui bersama.

"Saya yakin sekarang ini satu kerusi itu telah berjaya mencapai persetujuan kerana rundingan itu dibuat di peringkat pusat oleh kepimpinan PH dan BN, lambat laun kita akan tahu keputusannya...ia (rundingan) telah di peringkat akhir.

"Cuma setakat ini saya tidak boleh buat apa-apa pengumuman lagi berhubung pembahagian kerusi tetapi secara dasarnya kita (PH dan BN) telah berjaya mencapai persetujuan berhubung perkara itu," katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama, baru-baru ini.

Chow yang juga Ketua Menteri berkata DAP juga secara dasarnya akan kekal bertanding di 19 kerusi DUN Pulau Pinang kerana ia merupakan kerusi penyandang ahli-ahli DUN parti itu.

"Dari awal lagi, penyokong DAP menganggap kami (DAP) perlu kekalkan 19 kerusi penyandang di Pulau Pinang dan itu yang kami sudah rundingkan, sebarang persetujuan yang dibuat adalah sempurna," katanya.

Beliau berkata ketika ini, pihaknya telah masuk ke peringkat pemilihan calon dan DAP telah menemu bual 30 bakal calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

"Selain senarai penyandang, kami juga telah temu bual seramai 30 orang bakal calon...malah kami juga tidak tetapkan jumlah bagi calon wanita walaupun secara dasarnya (calon wanita) 30 peratus, sama ada cukup bilangan atau tidak kita tunggu nanti (pengumuman calon)," katanya.

Katanya gabungan itu juga tidak menetapkan sesiapa sebagai poster boy di Pulau Pinang kerana sejak tiga pilihan raya yang lepas memang tidak pernah menampilkan poster boy.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Rabu lepas telah menetapkan PRN di Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu akan dijalankan serentak pada 12 Ogos.

Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang memiliki 40 kerusi, dibubarkan pada 28 Jun untuk memberi laluan kepada PRN. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 11 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad