web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRN Serentak Di 6 Negeri Langkah Tepat, Manfaat Banyak Pihak

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2023 9:30AM

PRN di 6 negeri akan melibatkan perbelanjaan RM420 juta. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kesepakatan kepimpinan di enam negeri membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) dijalankan serentak disifatkan sebagai satu langkah tepat dan bermanfaat untuk banyak pihak. 

Bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar berkata proses demokrasi itu yang menelan perbelanjaan tinggi dan memerlukan kerjasama daripada pelbagai agensi serta pemegang taruh adalah lebih menjimatkan. 

“Dulu PRN dan Pilihan Raya Umum serentak dan ia memang banyak menjimatkan perbelanjaan dan perkara seperti tenaga petugas, kos dalam membuat persediaan, menggunakan tenaga agensi kerajaan yang membantu SPR terutamanya PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan PBT (pihak berkuasa tempatan) di seluruh negara. 

“...kalau tak buat serentak mereka bekerja dua, tiga kali perkara yang sama,” katanya semasa menjadi tetamu program Ruang Bicara bertajuk ‘PR6N: Kini Bermula’ terbitan BernamaTV, malam tadi.

Terdahulu, SPR menganggarkan pelaksanaan PRN serentak di enam negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan akan melibatkan perbelanjaan RM420 juta.

SPR hari ini mengumumkan PRN di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dijalankan serentak dengan 12 Ogos ditetapkan sebagai tarikh pengundian.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata tarikh penamaan calon di keenam-enam negeri berkenaan pula ditetapkan pada 29 Julai, manakala pengundian awal pada 8 Ogos.

Pada program sama, Pensyarah Kanan Sains Politik Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Mujibu Abd Muis berkata tempoh kempen agak panjang ditetapkan SPR diharap dapat memuaskan hati semua pihak selain dapat menarik pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: Pengundian Tamat 6 Petang, Penjumlahan Undi Bermula

2

Politik 2 tahun yang lalu

ADUN Jepak Ditentukan Hari Ini, Proses Bermula 7.30 Pagi

3

Politik 2 tahun yang lalu

Pusat Pengundian Ditutup, Proses Kira Undi Bermula

4

Politik 2 tahun yang lalu

Petisyen Pilihan Raya 4 Kerusi Dikemukakan Dalam Masa Terdekat - MB Selangor

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Samun Remaja 15 Tahun, Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

oleh Wartawan Getaran