Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ramalan PH - BN Bakal Rampas 2 Negeri Pembangkang Tidak Akan Berlaku — Marzuki

Politik Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2023 12:28PM

Menurut Dr Marzuki Mohamad, perkiraan itu dalam hal ini harus melihat kepada jumlah undi diperoleh Perikatan Nasional (PN), PH dan BN ketika pilihan raya terhampir, iaitu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada November tahun lalu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR — Keyakinan Kerajaan Perpaduan untuk merampas dua negeri dikuasai pembangkang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos nanti diyakini tidak akan berlaku.

Bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ramalan keputusan pilihan raya lazimnya dibuat berdasarkan baseline undi bagi setiap parti.

Menurut Datuk Dr Marzuki Mohamad, perkiraan itu dalam hal ini harus melihat kepada jumlah undi diperoleh Perikatan Nasional (PN), PH dan BN ketika pilihan raya terhampir, iaitu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada November tahun lalu.

Beliau berkata, penggabungan PH dan BN yang membentuk Kerajaan Perpaduan memungkinkan dua senario bakal berlaku.

“Pertama, berlaku pemindahan undi secara penuh (full vote transferability) antara PH dan BN, iaitu 100 peratus pengundi BN dalam PRU-15 akan mengundi calon-calon PH dan begitulah juga sebaliknya 100 peratus pengundi PH akan mengundi calon BN. Dalam situasi ini baseline PH - BN ialah jumlah undi PH campur jumlah undi BN yang diperolehi dalam PRU-15.

“Kedua, tidak berlaku full-vote transferability antara PH dan BN, iaitu pengundi BN tidak semestinya mengundi calon PH dan begitulah juga sebaliknya. Dalam situasi ini baseline gabungan PH-BN agak sukar untuk diramal melainkan ada kajian khusus mengenai pemindahan undi di ketiga-tiga negeri ini. Yang pasti, jika inilah keadaannya, baseline gabungan PH-BN akan menjadi lebih rendah daripada jumlah keseluruhan undi yang diperolehi oleh kedua-dua parti tersebut,” katanya.

Marzuki menyatakan demikian sebagai mengulas ramalan dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa gabungan PH-BN bakal merampas dua negeri pembangkang dalam PRN akan datang. 

Anwar ketika ditemui media selepas melancarkan buku Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam di Kompleks Islam di Putrajaya semalam dipetik sebagai berkata, gabungan PH - BN akan merampas dua negeri milik pembangkang pada PRN nanti.

Tidak menamakan dua negeri tersebut, beliau memberitahu, kajian dan maklumat yang diperoleh memperlihatkan tiga negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang kekal diperintah oleh gabungan itu.

Mengulas lanjut Marzuki berkata, kajian dilakukannya menunjukkan pemindahan undi secara penuh tidak berlaku antara PH dan BN di Selangor serta Negeri Sembilan.

“Saya tidak membuat kajian di Kedah, Kelantan dan Terengganu jadi saya tidak boleh membuat apa-apa kesimpulan mengenainya. Untuk memudahkan kiraan, saya andaikan berlaku full-vote transferability antara PH dan BN.

“Pemindahan undi tidak menjadi isu bagi PN kerana PN tidak membentuk gabungan dengan mana-mana parti politik lain, jadi kita terima jumlah undi PN dalam PRU-15 sebagai baseline undi parti itu,” katanya.

Jelas beliau, jumlah undi yang diperoleh PN di Kedah ialah 664,720 (56 peratus), manakala undi diterima BN ialah 235,353 (20 peratus) dan PH 281,523 (24 peratus). 

“Jumlah undi PH campur BN ialah 516, 876, iaitu kurang 147, 844 undi berbanding jumlah undi diterima PN. Ini bermakna, jika berlaku full vote transferability pun, gabungan PH-BN masih belum dapat tawan Kedah. 

“Untuk tawan Kedah tanpa mengira peratusan keluar mengundi dan pertambahan pengundi baharu, gabungan PH-BN perlu memastikan berlaku swing lebih kurang 75,000 pengundi PN yang beralih menyokong PH-BN, di samping memujuk 100 peratus pengundi BN supaya mengundi PH dan 100 peratus pengundi PH mengundi BN,” katanya.

Tegas Marzuki, hal itu bagaimanapun tidak berlaku di Pilihan Raya Kecil (PRK) Padang Serai baru-baru ini. 

“Yang terjadi ialah pengundi-pengundi BN mengundi calon PN menyebabkan PN menang kerusi Parlimen Padang Serai dengan majoriti besar 16,260 undi menewaskan calon PH. Untuk rekod, Padang Serai adalah antara kubu kuat PH. 

“Di Kelantan, jumlah undi yang diterima PN ialah 631,201 (64 peratus), BN 265,666 (27 peratus) dan PH 87,293 (9 peratus). Di Terengganu pula, jumlah undi yang diterima PN ialah 461,509 (62 peratus), BN 234,392 (32 peratus) dan PH 40,645 (5 peratus),” katanya.

Beliau menarik perhatian terhadap persoalan, apakah perubahan pola pengundi PN akan terjadi walaupun berlaku pemindahan undi secara penuh antara PH dan BN.

“Yang kita dengar ialah ramai orang UMNO tidak puas hati dengan kepimpinan parti mereka sendiri membentuk kerjasama dengan PH yang di dalamnya ada DAP. Kemungkinan berlaku undi protes dalam kalangan penyokong UMNO dalam PRN nanti tidak boleh ditolak,” katanya.

Tambah Marzuki, tidak ada sebarang faktor penarik yang boleh membuatkan pengundi PN beralih arah kepada gabungan PH - BN.

“Masalah kenaikan harga barang dan inflasi, kenaikan tarif elektrik, kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR), kejatuhan nilai ringgit dan lain-lain yang berkaitan dengan ekonomi dan kos sara hidup rakyat masih tidak dapat ditangani dengan berkesan oleh kerajaan PH-BN. 

“Rakyat masih belum nampak perancangan jelas kerajaan PH - BN untuk mengatasi masalah ekonomi yang membelenggu rakyat dan negara pada masa ini. Ini liability paling besar PH-BN,” katanya. - Getaran, 5 Julai 2023

Sorotan

1

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

2

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

3

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

4

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

5

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

6

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

7

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

Semasa 15 jam yang lalu

Bintang Selangor FC, Faisal Halim Disimbah Asid

oleh Wartawan Getaran

Semasa 23 jam yang lalu

Anak Dakwa Dirogol Sejak Usia 12 Tahun, Ibu Bapa Ditahan Bantu Siasatan

Semasa 16 jam yang lalu

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak